Senin, 30 April 2012

Wanita itu Amanah Allah




Wanita itu satu amanah dari Allah...

“Lelaki yang paling kacak adalah lelaki yang paling baik terhadap isteri dan keluarga.” 

Sesungguhnya, wanita itu satu amanah dari Allah, maka lindungilah ia kerana ia jua sebahagian dari lelaki.

“Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada kedua-duanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” (al-Araf)

Dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil.

Sumber daripada FB

Tiga Kali Lebih Baik


Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya : "Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam." (al-Bukhari)

Huraian

Simbolik tiga kali dalam sesuatu perbuatan bergantung pada situasi dan tempat. Dalam melakukan sesuatu perkara ibadah seperti mengambil wudhu’, kita dikehendaki melakukan pada satu-satu rukun itu sebanyak tiga kali kerana ia adalah lebih baik bahkan termasuk dalam perkara sunat. 

Malah bagi kebanyakan perkara, perbuatan mengulang-ulang itu dianggap akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku sebelumnya daripada langsung tidak melakukannya atau setidak-tidaknya menduakan malah lebih bagus menigakan dan seterusnya. 

Jika kurang dari tiga kali ditakuti menjadi kurang bermanfaat, khususnya dalam perbuatan mengingat atau menghafal ilmu yang menuntut kita mengulang-ulangnya beberapa kali sesuai dengan sifat manusia yang mudah lupa. 

Tetapi ada juga berlaku sekiranya sesuatu itu dilakukan lebih dari tiga kali akan mengundang mudarat dan keburukan atau jatuh pada peringkat batal contohnya jika bergerak dengan sengaja lebih dari tiga kali sewaktu dalam solat, solat dianggap batal. Sesungguhnya dalam hal ini Islam menekankan tentang kesederhanaan dan menegah perbuatan melampaui batas. Justeru bilangan 3 kali adalah jalan paling selamat!

Sumber daripada JAKIM

Sabtu, 28 April 2012

Jangan Tidur Meniarap!


Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi s.a.w. sedang berjalan melewatiku... ketika itu aku tidur secara meniarap... Maka baginda membangunkan aku menggunakan kakinya, dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)....

Dari Abu Hurairah r.a., beliau berkata; Rasulullah s.a.w. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

Maryam Jameelah : Gadis Yahudi Kebanggan Islam


“ISLAM menjawab dan menjelaskan segala-galanya. Dalam Islam saya temui kebenaran, kebaikan dan kecantikan yang bukan sahaja membawa dan memandu seseorang itu tentang kehidupan di dunia malah kehidupan selepas kematian.

“Malah jika ada yang bertanyakan bagaimana saya mengetahuinya? Saya hanya mampu menjawab, pengalaman peribadi cukup menyakinkan saya. Pegangan teguh saya kepada akidah Islam datang secara tenang tetapi penuh keyakinan.

“Pengislaman saya adalah begitu formaliti, langsung tidak melibatkan perubahan radikal dalaman.” Begitulah jawapan Maryam Jameelah atau sebelum ini Margaret (Peggy) Marcus, seorang Yahudi Amerika yang memeluk Islam pada 1961 tentang impak agama Islam terhadap kehidupannya.

Menurut Maryam lagi, minatnya terhadap Islam bermula seawal usianya 10 tahun sewaktu mengikuti reformasi Yahudi Sunday School.

Pada waktu itu, beliau tertarik dengan sejarah hubungan di antara bangsa Yahudi dengan bangsa Arab. Menerusi buku teks Yahudi, dia difahamkan bahawa Nabi Ibrahim ialah ayahanda kepada semua bangsa Arab dan juga bangsa Yahudi.

Beliau terbaca beberapa abad kemudian semasa Zaman Pertengahan Eropah,
penindasan Kristian menyebabkan orang Yahudi teruk terseksa dan kehadiran mereka diterima umat Islam di Sepanyol.

Kebaikan hati yang ditunjukkan ini bakal merangsang budaya Ibrani (Hebrew) terus cemerlang tanpa langsung mengesyaki sifat semulajadi Zionis.

“Saya terlalu naif dan percaya bahawa bangsa Yahudi akan kembali ke Palestin untuk memperteguhkan hubungan persaudaraan dengan saudara sesama Arab.

“Tarikan kuat dengan pembelajaran sejarah bangsa Yahudi membuatkan saya tidak gembira di Sunday School,” katanya.

“Kakak saya sangat benci ke Sunday School sehingga setiap pagi ibu terpaksa bangunkannya dari katil dan dia tidak akan berganjak selepas dibebel dengan kata-kata pedas dan air mata. Akhirnya ibu, terima hakikat penolakan kakak.

Sementara itu, pada sambutan perayaan keagamaan Yahudi, kami (kakak dan saya) bukannya ke Synagogue atau melaksanakan puasa pada Tum Kipper tetapi kami dibawa keluar dari sekolah untuk pergi berkelah dan berpesta di restoran terbaik.

Apabila kami berjaya membuktikan kepada ibu bapa betapa teruknya keadaan kami di Sunday School, mereka menyertai pula sebuah organisasi agnostik dan kemanusiaan yang dikenali Ethical Cultural Movement,” cerita Maryam yang menghadiri kelas baru itu sehingga tamat pengajian iaitu pada usia 15 tahun.

Katanya lagi, apabila semakin dewasa dan matang, beliau tidak boleh menerima dan memperoleh kepuasan menerusi fahaman ateis.

Lalu Maryam mula mencari pembaharuan kepada identiti diri. Dalam tempoh itu, beliau pernah menyertai kumpulan bahai di New York yang dikenali The caravan of East and West diketuai lelaki Parsi bernama Mirza Ahmed Sohrab.

Beliau tertarik dengan Bahai kerana ia berasaskan Islam dan ceramahnya tentang Tuhan Yang Satu. Pun begitu, apabila beliau mengetahui kegagalannya untuk mengaplikasikan idea tersebut, Maryam meninggalkannya setelah setahun penyertaan.

Pada usia 18 tahun, Maryam menyertai pergerakan pemuda Zionis yang dikenali sebagai Mizrachi Hatzair tetapi apabila mengetahui kebenaran di sebalik Zionis, sekali lagi dia dikecewakan.

Semasa usianya mencecah 20 tahun, Maryam belajar di Universiti New York dan salah satu subjek elektif yang diambilnya ialah Judaism in Islam.

Malangnya profesor yang juga Ketua Jabatan Pengajian Hebrew, Rabbi Abraham Issac Katsh memesongkan para pelajarnya dengan mengatakan Islam berasal daripada agama Yahudi.

Tambah memburukkan, profesornya menyalahgunakan al-Quran demi membuktikan kepada pelajarnya bahawa agama Yahudi adalah agama teragung. Apabila semua tembelang yang dibawa oleh agama Yahudi terbongkar, Maryam tidak sanggup lagi mengakui dan menerima agama Yahudi.

Semenjak itu, beliau mula membuat perbandingan agama Yahudi dengan agama Islam.

Dalam kajiannya terhadap Old Testament dan kitab Taurat serta perbandingan dengan al-Quran dan hadis. Apa yang Maryam temui, agama Yahudi telah rosak sedikit dan akhirnya beliau mengucap syahadah.

Sebenarnya, keinginan bergelar Muslim wujud sejak tahun 1954 namun keluarganya dapat menghalang menerusi perbincangan terbuka.

Beliau ditakutkan dengan mengatakan bahawa Islam akan menyukarkan kehidupannya kerana ia tidak seperti agama Yahudi dan Kristian.

“Saya diberitahu bahawa Islam akan merenggangkan hubungan kami sekeluarga dan menyisihkan saya daripada masyarakat.

Pada masa itu, keimanan saya tidak begitu teguh untuk menghadapi tekanan sehebat itu. Situasi ini menyebabkan saya jatuh sakit.

“Dua tahun (1957-1959) saya berehat di rumah dan mendapat rawatan tetapi keadaan saya semakin teruk.

“Melihat keadaan kemurungan itu, ibu bapa menghantar saya ke hospital awam. Saya bersumpah sekiranya saya sembuh dan dibenarkan keluar, saya akan memeluk Islam.

“Apabila saya dibenarkan pulang, saya menyiasat mana-mana peluang untuk bertemu dengan orang Islam di Bandar Raya New York. Saya banyak menghabiskan masa di Perpustakaan Awam New York membaca bahan-bahan berkaitan Islam,” jelasnya yang banyak menghasilkan buku-buku berkaitan agama Islam selepas memeluk Islam.

Alhamdulillah, beliau berpeluang bertemu dengan beberapa lelaki dan perempuan Islam pada ketika itu.

Malah Maryam mula menulis rencana kepada majalah beraliran Islam dan berutus dengan ketua-ketua Islam seluruh dunia.

“Saya pernah berutus dengan Allahyarham Sheikh Abrahimi, ketua ulama di Algeria, Dr. Muhammad El-Bahay di Al-Azhar, Dr. Mahmud F. Hoballah dan Pengarah Pusat Islam di Washington D.C., Dr. Hameedullah di Paris, Dr. Said Ramadan, Pengarah Pusat Islam Geneva dan Maulana Sayyid Abul Ala Maudoodi,” katanya lagi.

Menurut Maryam, sangkaan pertamanya bila membaca al-Quran, Islam adalah satu-satunya agama kebenaran, benar-benar jujur, ikhlas, tidak membenarkan kompromi murahan atau hipokrasi.

Maulana Maudoodi pernah menulis kepada Maryam dalam suratnya yang pertama pada Januari 1961 berbunyi: “Semasa saya menilai esei anda, saya dapat rasakan seperti saya membaca idea saya sendiri.

“Saya berharap perasaan anda tidak akan berubah sekiranya anda berpeluang mempelajari bahasa Urdu dan pelajari buku-buku saya.

“Walaupun kita tidak pernah berkenalan, namun kesepakatan pemikiran dan simpati yang wujud adalah hasil daripada sumber yang sama iaitu Islam,” katanya.

Menjawab soalan tentang sikap dan reaksi ahli keluarga dan teman-teman selepas bergelar Muslim, kata Maryam, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan menanggap beliau seorang yang fanatik kerana percakapan dan pemikirannya adalah tentang agama Allah sahaja.

Bagi mereka soal agama adalah sesuatu yang peribadi. Namun selepas membaca al-Quran, saya mengetahui bahawa Islam bukanlah sekadar hobi tetapi ia adalah soal kehidupan.

Jumat, 27 April 2012

Sembunyikan Kebaikan mampu tingkatkan keikhlasan diri



ALLAH SWT bersifat Maha Melihat dan Maha Mendengar, sudah pastinya tiada makhluk yang boleh memberi kesan sama ada memberi mudarat atau manfaat. Sejauh mana ketaatan yang diberikan seorang hamba akan sentiasa diketahui walaupun tersembunyi di sebalik tembok yang kukuh. 

Sudah semestinya seorang hamba yang benar-benar menuntut keredaan-Nya akan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan ketaatan melakukan ibadat khususnya pada perkara yang bersifat sunat.

Namun, perkara wajib seperti solat, zakat dan haji, hendaklah dizahirkan kepada umum kerana meninggikan syariat Allah SWT dan menyatakan kekuatan kaum Muslimin menunaikan kehendak agamanya.

Menzahirkan perkara yang wajib juga boleh memberi galakan kepada orang lain melakukan kewajipan kerana semua hamba yang beriman tidak terkecuali daripada menunaikannya sekali gus menghindarkan tohmahan orang lain terhadap kewajipan diabaikan seseorang Muslim. 


Jika dirujuk definisi kewajipan membawa maksud menzahirkan dan mengiklankan manakala sunat pula bermaksud tersembunyi serta rahsia. Amalan yang dizahirkan akan melahirkan kegembiraan pelakunya kerana dengan taufik serta inayah Allah SWT kita dapat menunaikan kewajipan itu. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (Muhammad) dengan rahmat dan kurniaan Allah hendaklah mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.” (Surah Yunus, ayat 58) 

Allah SWT menghargai mereka yang melakukan kebaikan walau dengan apa cara sekalipun. Firman-Nya yang bermaksud: “Jika kamu menampakkan sedekahmu adalah baik, tetapi jika kamu menyembunyikannya adalah lebih baik bagimu dan dosamu akan terhapus kerana Allah Maha Mengetahui segala-galanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 271)

Setelah diturunkan ayat ini, Saidina Ali berkata: “Aku membahagikan sedekah pada empat bahagian, satu dirham pada siang hari, satu dirham lagi pada malamnya dan dirham ketiga aku sedekahkan secara rahsia dan dirham terakhir aku sedekahkan secara terang-terangan sebagai menyahut seruan ayat Allah SWT.” 


Hasan Al-Basri menyebut, kebanyakan orang bersetuju bahawa merahsiakan sesuatu kebaikan itu adalah sebaik-baik urusan, tetapi berterang-terangan juga ada kebaikannya. 

Hadis diriwayatkan Abu Hurairah menyebut, Baginda SAW meletakkan orang yang bersedekah secara rahsia akan mendapat perlindungan di bawah perlindungan Allah SWT pada hari kiamat. Menunjukkan bahawa bersedekah secara rahsia lebih selamat dan mendapat jaminan Allah SWT. 

Orang yang menyembunyikan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya, inilah maqam yang terpuji dalam melakukan ibadat sunat. 

Jika dibimbangi keikhlasan akan luntur disebabkan kepujian yang akan diterima atau bagi menjaga keaiban orang yang menerima pemberian, maka hendaklah dirahsiakan sedekah itu. 

Bagi nabi, amalan sunat menjadi kewajipan kerana mereka adalah hamba yang dipilih oleh Allah SWT untuk dijadikan ikutan. 

Daripada Aishah, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang menjadi kewajipan pada diriku tetapi hanya sunat buat umatku, solat witir, bersiwak dan solat malam.” 

Al-Baghawi menyatakan solat malam yang dimaksudkan Baginda SAW ialah solat tahajud. Ia antara amalan sunat yang terkesan kerana dilakukan ketika rahmat Allah SWT turun ke dunia pada sepertiga malam seperti yang diberitakan Baginda SAW. 

Berkata Saidina Umar: “Sesiapa yang bersolat malam dalam keadaan sempurna, maka Allah SWT akan memuliakan mereka dengan sembilan perkara dengan lima daripadanya akan dikecapi di dunia dan bakinya di akhirat. 

“Pertamanya ialah terpelihara daripada sebarang keburukan, dizahirkan kesan ketaatan pada wajahnya, dikasihi oleh masyarakat, lidahnya akan berkata benar dan bisa menjadi ilmuwan yang bijaksana. 

Manakala empat yang diperoleh di akhirat dengan dibangkitkan dari kubur dalam keadaan wajah berseri-seri, dipermudahkan pengurusan hitungan amalannya, bergerak pantas ketika di titian Siratul Mustaqim dan mendapat catatan amalan di sebelah kanan.” (Raudatul Ulama) 

Doa orang beriman sering diangkat ke hadrat Allah SWT pada waktu malam khususnya jika ia dipanjatkan secara rahsia. Imam Ahmad bin Hambal (pengasas Mazhab Hambali) dimakbulkan doanya oleh Allah SWT menjadikan sepertiga malam untuk berdoa bagi merahsiakan permintaannya. 

Oleh Ustaz Zaman (2012/04/28)

Kamis, 26 April 2012

Tatacara Solat Berjemaah





Doa Sebelum Tido




Bacalah doa sebelum tido supaya kita sentiasa diberkati dan dikasihi oleh Allah S.W.T.
Share and like.

Gunalah Perkataan ini dikala susah atau senang




Bagaimana islam mengajar apabila menghadapi tekanan


Like and share.
terima kasih kepada FB peminat ustaz don Daniyal  :)

Jangan melihat keburukan orang lain


Jangan hanya melihat keburukan orang, Kerana seburuk-buruk dia ada 1001 kebaikan yang kamu tidak pernah lihat...




sumber : FB Ustaz don Daniyal

Rabu, 25 April 2012

Masa muda tidak lama




ADA satu surah khusus di dalam al-Quran iaitu surah al-Asr yang menegaskan manusia berada dalam kerugian jika tidak memanfaatkan masa untuk beriman dan beramal soleh serta tidak berpesan-pesan sesama manusia dengan kebenaran dan kesabaran.

Rasulullah s.a.w berpesan kepada umatnya supaya memanfaatkan masa dalam lima keadaan iaitu masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati. Masa muda jangan disia-siakan, nikmat kesihatan perlu digunakan bagi menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin. Sesungguhnya apa yang terjadi pada hari tua bergantung apa yang kita lakukan ketika usia muda. Masa muda tidak akan bertahan lama kerana apabila tiba hari tua, zaman muda hanya tinggal kenangan.


Kehidupan pada hari tua kadang-kadang tidak indah lagi kerana tenaga sudah lemah, selera makan mulai menurun malah menghadapi pelbagai macam penyakit. Remaja yang cemerlang akan menjadi warga emas yang gemilang. Manakala yang kecundang menguruskan masanya akan menjadi warga emas yang malang. 



Bukan rugi di dunia saja, malah di akhirat kelak akan dipersoalkan ke manakah usia remaja kita dilaburkan? Nikmat kesihatan cukup berharga bagi setiap manusia. Seluruh tubuh badan manusia sebenarnya adalah hak milik Allah, maka wajib kita jaga amanah ini sebaik mungkin. Sebarang kegiatan yang menjejaskan kesihatan kita disifatkan oleh al-Quran sebagai mencampakkan diri ke lembah kebinasaan. 



Namun, ramai tidak menghargai nikmat sihat ini sehingga membinasakan diri dengan mengambil dadah, ketagihan alkohol mahupun rokok, atau menjadi individu yang sengaja mendedahkan diri kepada kecelakaan dan kemungkaran. Dengan itu, gunakan masa sihat untuk menuntut ilmu dan pengalaman serta membantu yang lain di samping melaksanakan ibadat. Masa kaya juga adalah nikmat ujian bagi kita. 



Ramai yang hanyut dan terpesona dengan kekayaan yang dimilikinya. Kita perlu sentiasa menyedari kekayaan itu tidak kekal, ia boleh bertambah atau hilang dalam sekelip masa. Kekayaan adalah amanah, maka carilah kekayaan dan gunakan mengikut peraturan Allah. Harta boleh dicari sebanyak mungkin, tetapi bukan untuk menjadi seperti Qarun yang mabuk dengan kekayaan lalu dilanda laknat dan diazab. 



Bukan juga seperti Tha’labah yang kaya harta tetapi bakhil. Kekayaan adalah alat mencapai kebaikan dan keburukan. Dengan harta kita boleh menjadi dermawan, dengan harta juga kita boleh menjadi tamak haloba. Sama juga halnya; dengan harta membolehkan seseorang masuk ke syurga dan dengan harta juga kita boleh ke neraka. Masa dan peluang terakhir yang disebut Rasulullah ialah masa hidup sebelum mati. 


Saidina Ali berkata: “Sesiapa yang ingin hidup selepas mati, bersedialah dengan amalan dan sesiapa yang tidak beramal tiada lagi kehidupan (nikmat) selepas mati.” Maka fikir-fikir dan renungkanlah. Justeru, panjatkanlah rasa kesyukuran kerana sehingga ke saat ini kita masih lagi dapat bernafas di atas bumi Allah, diberi kesihatan, kecergasan dan kesenangan masa untuk menjadi manusia cemerlang di dunia dan akhirat. 



Ternyata benar, masa itu ibarat senjata tajam yang amat berguna jika digunakan dengan cara betul dan baik. Namun jika tidak betul cara mengguna masa ketajaman masa itu pasti akan memakan diri sendiri. Bagi golongan yang tidak memanfaatkan masa sebaik mungkin akan ketinggalan dan kemunduran termasuk dalam pekerjaan, rumah tangga, pelajaran, pergaulan dan teknologi. 



Kita juga tidak boleh hanya menanti kejayaan dan kecemerlangan datang bergolek. Sedarilah, masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. Ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin supaya kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang rugi.


Sumber : tazkirah remaja oleh ustaz mohd zawawi Yusoh (myMetro)

Kaya tapi Hidup Derita




MANUSIA sebenarnya cenderung menjaga sesuatu yang dianggapnya berharga dalam hidupnya. Sebaliknya, tidak akan mempedulikan atau membuang saja sesuatu yang dianggap tidak berharga. Semakin bernilai sesuatu itu, semakin bersungguh-sungguh kita menjaganya. Sesetengah manusia sangat menjaga hartanya kerana dianggap hartanya sangat berharga.


Ada pula yang sentiasa menjaga dan merawat mukanya supaya kelihatan awet muda kerana kecantikan adalah segala-galanya. Ada pula yang bermati-matian mempertahankan kedudukan kerana itu yang dianggap bernilai.  Kalaulah begini perilaku manusia, rupa-rupanya kita masih menganggap harta kebendaan adalah segala-galanya. Namun, ada juga yang bermati-matian menjaga hidayah dan petunjuk Allah.  Bagi golongan itu, mereka yakin hidup ini tidak akan selamat dan tenang tanpa bekalan taufik dan hidayah daripada Allah. Taufik dan hidayah sangat penting dalam diri manusia. 



Pernah satu ketika seorang yang dibutakan matanya dalam permainan diminta supaya berjalan, tiba-tiba menangis. Dia berasa langkahnya berisiko, bimbang terhantuk dan jatuh tangga. Begitulah akibatnya kalau tidak dapat panduan. 



Mereka yang berjalan tanpa arah sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan bingung. Ramai golongan kaya yang menderita dengan kekayaan mereka. 



Pendek kata, orang yang jauh daripada petunjuk Allah dan al-Quran, apa saja yang Allah kurniakan kepadanya pasti menjadikan dirinya hina.  Harta, pangkat, kedudukan atau penampilan kalau tidak diiringi ketaatan pasti menyeksakan. 



Syaitan adalah penjajah yang tidak pernah berputus asa. Dalam satu perisytiharan, menurut hadis Rasulullah, syaitan pernah berkata: “Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan.” 



Bayangkan kesungguhan syaitan, isytihar perang dengan manusia jika kita masih main-main pasti akan mudah tertipu. Syaitan ibarat tukang joget atau penari. 



Maknanya, syaitan tahu siapa sasarannya dan bagaimana untuk melakukannya. Kita memberikan tumpuan kepada yang nampak di mata, yang besar biasanya menjadi tumpuan, yang kecil tidak berapa dipedulikan. 



Kita kadangkala lupa sesuatu yang tidak nampak itu sangat berharga. Iman kecil saja, tidak nampak lagi tapi sangat berharga. Jadi dalam hidup ini lihat dan utamakan pandangan Allah.


Sumber : tazkirah remaja oleh ustaz mohd zawawi Yusoh (myMetro)


Himpunan Kata-kata Hikmah

#Himpunan kata-kata Hikmah bahagian 4



1) Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian

2) Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

3) Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

4) Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali

5) Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya



Himpunan Kata-kata Hikmah





1) Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya

2) Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan

3) Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

4) Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejna

5) Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman




Selasa, 24 April 2012

Dia Wanita yang Berniqab


Langkah kakinya anggun menapaki jalan..

Setiap langkahnya diikuti banyak pandangan mata..

Geraknya anggun namun tak berniat menggoda..
Ia menutup semua auratnya..
Memenuhi perintah Rabbul ‘alamin..
Hanya matanya yang terlihat..
Demi menjaga dirinya dari manusia-manusia nakal..
Banyak fikiran yang tertanya-tanya..
Siapa dia ?..
Bagaimana rupanya ?..
Cantikkah ia ?.. 
Ya, dia cantik jelita..
Indah imannya..
Terjaga diri dan lisannya..
Dialah bidadari idaman..
Aku belum pernah melihat wajahnya..
Aku belum pernah berbicara dengannya..
Namun itulah kecantikannya..
Yang tidak dimiliki orang yang tidak mengerti..
Yang tak dimiliki orang-orang yang hanya mampu mengatakan, 
Kenapa dia begitu ? 
Apakah dia teroris ? 

Atau..

Dia itu terlalu berlebihan ?
Tidak!

Semua perkataan orang tak berilmu itu tidak benar. 
Dia lebih mengerti..
Dia lebih mengetahui..
Perintah ALLAH Yang Maha Perkasa..
Itulah kecantikannya,
Itulah kejelitaannya..
Semoga Allah selalu memberikan kemudahan padanya..
Kemudahan untuk selalu beristiqomah menjalankan perintah-Nya..

Insya-ALLAH, aamiin!

memang indah, sejuk mata memandang wanita seperti ini


p:/ sumber daripada FB

Solat didik hati manusia




JIKA difahami dan dihayati, solat sebenarnya amalan yang cukup hebat. Solat adalah modul lengkap bagi mendidik hati dan jiwa manusia. Pelbagai kekuatan terhasil jika seseorang itu benar-benar menjiwai tuntutan solat. Solat juga menjadi penghubung antara hamba dengan Tuhannya.  Setiap ayat dalam surah al-Fatihah yang dibaca adalah bicara dengan Allah. 

Perintah solat bukan untuk kepentingan Allah Yang Maha Agung yang sudah memiliki segala-galanya.  Solat hanya untuk kepentingan hamba-Nya. Ia sebenarnya melatih seseorang hidup tertib sebab gerakan solat sangat tertib  dimulai dengar takbir dan diakhiri dengan salam.  

Tujuan solat sebenarnya untuk mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah berfirman maksudnya: “Dirikanlah solat untuk mengingati Aku.” Dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” Bayangkan seharian kita fikir mengenai dunia, fikir mengenai kerja, makan minum, kawan dan keluarga. 


Kalau semua itu kita dapat bahagikan masa, takkan kita tidak boleh memberi masa untuk mengingati Allah. Semakin baik kualiti dan mutu solat seseorang, semakin kukuhlah benteng kemampuan untuk memelihara diri mereka daripada perbuatan maksiat. 



Beberapa contoh solat dapat membina sifat positif manusia antaranya bersikap rajin. Untuk menjadi bangsa yang kuat, kita perlu sentiasa rajin. Dalam solat kita memuja dan memuji Allah.  Kita membuat janji dan ikrar yang semua solat, ibadat, hidup dan mati kita hanya untuk Allah. 

Perbuatan dalam solat membuatkan kita cergas dan aktif, rajin dan sentiasa bergerak.  Bermakna solat itu dapat membunuh sifat malas. Orang yang kuat hubungannya dengan Allah mesti banyak berhubung dengan manusia. Jika betul takut dan cinta kepada Allah, maka akan bertambah rasa cinta kepada manusia. 



Solat ibarat ‘tiang’ dalam Islam. Malah ketika bertempur dalam peperangan sekalipun tidak boleh tinggal solat. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu mesti solat. Solat perlu dilakukan dengan berdiri, jika tidak mampu berdiri, boleh duduk dan jika tidak mampu juga boleh dilakukan dengan cara baring. Sekiranya masih tiada daya juga dengan isyarat mata dan masih tidak boleh juga, lakukan dengan isyarat hati. 



Solat bukan saja menghapuskan dosa seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Solat menghapuskan dosa antara satu solat dengan satu solat yang lain kecuali dosa besar.” 



Imam Abu Aaliayah berkata: “Solat mempunyai tiga keistimewaan dan jika tidak ada ketiga-tiga ini maka solat itu tidak sempurna dan tidak boleh mencegah dosa. Keistimewaan itu adalah ikhlas, khusyuk dan zikrullah. 



Ikhlas membuatkan seseorang melakukan perkara baik, khusyuk akan mencegah perbuatan jahat manakala zikrullah (ingat Allah) pula mencegah mungkar dan menanam makruf (kebaikan). 



Sesetengah ulama dulu apabila tiba saat menghembuskan nafas terakhir, mereka masih sempat meminta pertolongan orang mengambil wuduk untuknya supaya dapat mengerjakan solat. 



Malah, ada yang minta diusung ke masjid kerana hendak mati di tempat solat. Justeru, janganlah kita mengabaikan solat dan jadikanlah ia rutin hidup kita. Setiap kali solat, anggaplah mungkin itu adalah solat yang terakhir.

Sumber : tazkirah remaja oleh ustaz mohd zawawi Yusoh (myMetro)

Siapakah Lelaki Ini?

Kita kenal lelaki ini ? 




Pasti ramai di kalangan kita tidak mengenalinya.
dia bukan artis yang mengisi dada-dada akhbar hiburan,
bukan juga ahli parlimen yang kebanyakannya sekadar memberi janji-janji kosong.

Telah Islam di tangannya lebih daripada 11 juta penduduk Afrika dalam jangkamasa 29 tahun beliau menyebarkan dakwah Islam di Afrika.

Membina 5700 buah masjid.
Menjaga seramai 15000 anak yatim.
Menggali 9500 telaga di Afrika.
Mendirikan 860 buah sekolah,
4 universiti dan
204 buah Pusat Islam.

Beliau ialah Syeikh Dr. Abdurrohman as Semait (عبد الرحمن السميط).
Berasal dari Kuwait.
Mengambil bidang kedoktoran !
Pernah dipenjarakan sebanyak dua kali.

Dia bukan mengambil jurusan Syariah atau Usuluddin, tapi mengambil jurusan kedoktoran yang berjiwa "syariah" dan "usuluddin" !

Lalu kita di mana ?


Subanallah..


p/s : sumber daripada B

10 Surah dapat menghalang daripada 10 ujian besar Allah


Gambar Hiasan

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-)

sumber daripada fB

Senin, 23 April 2012

Romantik itu Sunnah

Gambar hiasan


Baginda Rasulullah S.A.W kerap membawa Ummul Mukminin Aisyah RA makan bersama di luar sehinggakan suatu ketika Nabi S.A.W pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka jika isterinya Aisyah RA tidak diundang bersama. Mafhum hadis (Riwayat Muslim)

Romantik pada isteri tu sunnah rupa2nya. Para suami sekalian, kita bagaimana pula?

sumber daripada fB

Cinta Nafsu




CINTA itu adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk ciptaannya. Allah menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar mereka saling mengisi kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam hati mereka.

Cinta dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t, tetapi cinta juga boleh membawa kepada petaka, malah menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan dan jauh daripada norma Islam. 

Bercinta janganlah mengiku nafsu semata, tetapi ia perlu berasas kepada agama dan batas Islam. Cinta nafsu adalah cinta yang tidak mengikuti aturan Islam. Ia bebas berbuat apa saja.  Ada beberapa kerosakan akibat cinta nafsu ini. 

Pertama, lupa mengingati Allah kerana mereka lebih sibuk mengingati makhluk-Nya yakni orang yang dicintainya. Contohnya jika dia lebih kuat mengingati Allah, insya-Allah mengingati makhluk pasti terkendali. Tapi jika lebih kuat mengingat makhluk-Nya maka mengingati Allah akan dikalahkan.  

Kedua, melupakan agama. Tiada orang yang paling mensia-siakan agama dan dunia melebihi orang yang sedang dirundung cinta nafsu. Ia mensia-siakan maslahat agamanya kerana hatinya lalai untuk beribadah kepada Allah s.w.t. 



Ketiga, mengundang bahaya. Bahaya dunia dan akhirat lebih cepat menimpa kepada orang yang dirundung cinta nafsu melebihi kecepatan api membakar kayu kering. 

Ketika hati berdekatan dengan orang yang dicintainya secara buta itu, ia akan menjauh dari Allah s.w.t. Jika hati jauh daripada Allah, semua jenis bahaya mengancam dari segenap sudut kerana syaitan sudah menguasai dirinya. Jika syaitan sudah menguasai diri, mereka berada dalam keadaan bahaya. Cukuplah dengan fakta masalah perzinaan dan penularan penyakit seksual berlaku dalam dunia hari ini. Begitu juga dengan gejala buang bayi yang tidak berdosa amat menggerunkan. 



Keempat, syaitan akan menguasai. Jika kekuatan syaitan menguasai seseorang, ia akan merosakkan akalnya dan memberikan rasa was-was. Akal kadang-kadang sudah tidak terkendali ibarat seperti meletakkannya di kepala lutut. Padahal yang paling berharga bagi manusia adalah akalnya yang membezakannya manusia dan haiwan.  Jadi jangan hairan jika ramai yang terjerumus melakukan maksiat kerana fikiran mereka menjadi singkat. Apa yang sentiasa mereka fikirkan adalah hawa nafsunya iaitu mahu sedap dan seronok saja. 



Kelima, kurang kepekaan. Cinta nafsu akan merosak indera atau mengurangi kepekaannya. Apabila diri penuh dengan dosa maka hati akan rosak. Jika hati sudah rosak maka organ lain, seperti mata, lisan, telinga juga turut rosak. Ertinya, ia akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara nafsu itu sebagai sebuah kebaikan atau sebaliknya. 



Imam Ahmad menyebut: “Cintamu kepada sesuatu membutakanmu dan membuatmu tuli.” 



Ibnu Abbas pernah mendengar berita ada seorang lelaki yang sangat kurus sehingga yang tinggal hanya kulit dan tulang.  Ibnu Abbas berkata, “Kenapa ia? “Ia terkena jatuh cinta, isyq (cinta buta),” jawab seseorang. Kemudian Ibnu Abbas berdoa dan berlindung kepada Allah s.w.t sepanjang hari daripada penyakit isyq. 

Kita perlu berfikir secara lebih dewasa dalam apa jua tindakan akan kita akan lakukan. Jangan main-main dalam menangani masalah serius itu. Jangan sampai terbius oleh gemerlap kehidupan yang menawarkan kenikmatan sementara. Jika kita belum mampu untuk berkahwin maka janganlah berkahwin lagi kerana perkahwinan bukan urusan main-main. 

Kita mesti rela untuk membuang fikiran murahan mengenai pertunangan adalah segala-galanya. Sebab, bercinta adalah salah satu bahagian ekspresi cinta nafsu.  Wahai remaja, mulai sekarang tumbuhkan dahulu kecintaan kita kepada ilmu agama sehingga kita memahaminya serta mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian. Semoga pula kita tidak tergoda dengan cinta nafsu semata.


tazkirah remaja oleh ustaz mohd zawawi yusoh(hmentro.com)

Minggu, 22 April 2012

Nilai Sebuah keimanan

Iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa, iman juga tidak dapat dijual beli, iman juga tidak dapat di tepian jalan. Melalui lagu yang dinyanyikan oleh raihan itu telah mengambarkan betapa bernilainya sebuah keimanan.

Tahukah anda di india sebuah masjid telah diruntuhkan oleh sekumpulan pelampau Hindu. Namun solat berjemaah mereka tetap penuh. 

" Mereka telah membinasakan masjid kami, tapi tidak iman kami" 



Gambar : Masjid Babri di India

Di malaysia masjid-masjid berdiri megah. Namun hakikatnya kipas di dalam masjid lebih banyak daripada jemaahnya. Apakah alasan kita sebagai muslim untuk tidak pergi solat berjemaah. Tepuk dada tanya iman.

Bibliografi daripa facebook kami peminat ustaz azhar idrus.






Jumat, 20 April 2012

Himpunan Kata-kata Hikmah




Assalamua'laikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog I Love islam. Hari ini ana ingin kongsikan bersama himpunan-himpunan kata-kata hikmah bahagian 2. bagi yang ingin membaca kata-kata hikmah bahagian 1 bolehlah menuju pada pautan ini 

Antara kata-kata hikmah yang menjadi pilihan ana pada hari ini ialah :

1) Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.

2) Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

3) Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satuperkara iaitu   USAHA.

4) Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

5) Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

6) Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

7) Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

8) Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

9) Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

10) Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

11) Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

12) Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

13) Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaanmembawa kepada impian

* Terima kasih kepada uploader scribd yang telah kongsikan articles mereka.

Himpunan kata-kata Hikmah Bahagian 1
Himpunan kata-kata Hikmah Bahagian 3
Himpunan kata-kata Hikmah Bahagian 4





Kamis, 19 April 2012

Antara Amalan pada hari jumaat



JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipat gandakan ibadah kepada Allah. Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:

Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah

Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: " Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud) 


Membaca surah al-Kahfi

Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu. Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi) 

Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi

Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud: ”Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."

Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh. Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar.  Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah. Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang wajib dilaksanakan secara berjemaah. 

Antara kepentingannya adalah: 

1) Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting bagi menjamin kekuatan umat Islam. 

2) Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang terbaik untuk memperbaiki kualiti diri. 

Pentingnya sembahyang Jumaat, Nabi memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Rasulullah bersabda bermaksud : “Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”

Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan kepada mereka yang menghadirinya.  Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. 

Antaranya adalah:

1) Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk. 

Nabi bersabda bermaksud: ”Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)

Segera ke masjid dengan penuh ketenangan. 

Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas. Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta." (Hadis riwayat Bukhari)

banyak lagi amalan-amalan yang boleh kita amalkan...
bak kata pepatah " Hendak seribu daya, tak hendak 1 dalih pun dah cukup "

Perkongsian articles daripada : 
http://tazkirah.yolasite.com/


 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com