Tampilkan postingan dengan label ibadah solat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ibadah solat. Tampilkan semua postingan

Senin, 07 Oktober 2013

Ibadat Solat didik Budaya hidup berdisiplin dan Hargai Masa


ALLAH berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya solat itu ialah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah al-Nisa’, ayat 103)

Semua amal ibadat manusia disukai dan diterima oleh Allah. Ibadat adalah jambatan menghubungkan manusia dengan Penciptanya. Hasil pelaksanaan ibadat dapat meningkatkan darjat ketakwaan ke hadrat Allah di samping menggilap kualiti jiwa kemanusiaannya.

Semakin baik dan ikhlas ibadat seseorang Muslim, maka semakin dekat hatinya kepada Allah dan semakin baik hubungannya sesama manusia.

Petikan al-Quran : Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. – Surah al-Ankabut, Ayat 45

Untuk berhubung secara terus dengan Allah tidak memerlukan sebarang alat komunikasi canggih, memadailah seorang Muslim bermunajat pada bila-bila masa dan di mana juga melalui ibadat solat. Solat itu tiang agama dan kemuncak nilai atau etika kehidupan Muslim.

Rasulullah menganjurkan umatnya melaksanakan ibadat solat tepat pada waktunya. Baginda SAW pernah ditanya oleh Ibnu Mas’ud: “Apakah amalan yang paling afdal? Jawab Baginda: Menunaikan solat tepat ada waktunya. Kemudian Ibnu Mas’ud bertanya lagi: Selepas itu, apa pula? Jawab Baginda: Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Akhirnya Rasulullah ditanya lagi: Kemudian, apa lagi? Ujar Baginda: Berjihad pada jalan Allah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Antara hikmah solat ialah mendidik umat hidup dengan budaya ‘tepat pada waktunya’ sekali gus menggambarkan pentingnya masa dalam kehidupan seorang Muslim. Di samping itu, ibadat solat juga melatih umat hidup secara tertib dan berperaturan. Fungsi solat juga sebagai penawar ketenangan hati di samping membersihkan jiwa dan raga daripada sebarang kekotoran.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat adalah penyejuk mata hati Baginda. Kesan yang paling besar terhasil daripada pelaksanaan ibadat solat dengan penuh khusyuk dan ikhlas, ia berupaya menghalang seseorang Muslim daripada keinginan melakukan kemungkaran, baik tindakan mahupun perkataan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Firman ini secara jelas menegaskan solat penawar atau jalan penyelesaian ampuh untuk mencegah amalan tidak bermoral dan jenayah yang membarah dalam kehidupan manusia sejagat. Dalam erti kata lain, ibadat solat tonggak mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan hidup umat Islam.

Sesaat seorang hamba Allah berdiri tegak menunaikan ibadat solat, dia tidak boleh menoleh ke kanan mahupun kiri melainkan meluruskan pandangan wajahnya ke arah tempat sujud. Mereka juga terikat dengan ikrar dibaca dalam solat, inilah solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk-Mu ya Allah Tuhan sekalian alam. Ibadat solat jika dilaksanakan dengan sempurna dan ikhlas akan memantulkan ketenangan hati, keimanan mapan dan ketrampilan akhlak yang terpuji.

Rabu, 13 Februari 2013

Faedah Yang Terdapat Di Dalam Pergerakan Solat


Faedah Yang Terdapat Di Dalam Pergerakan Solat

BERDIRI LURUS dan kedua tangan di angkat ke atas.

Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang badan lurus membuatkan badan tidak bengkok serta fikiran dapat di kawal dan lebih fokus. Pandangan mata di tempat sujud, otot atas dan bawah bahagian belakang berasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

Berdiri betul serta membaca Fatihah dan Surah

Menimbulkan kosentrasi minda serta merehatkan kaki, bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua GETARAN daripada 99 nama Allah dalam keadaan terkawal dan sempurna keseluruh badan, fikiran dan jiwa.

Getaran vokal panjang A,I,U merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan serta mempertingkatkan perjalanan semua anggota berkenaan.

Rukuk

Merenggangkan otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot perut dan buah pinggang. Lama-lama gaya ini akan mempertingkatkan peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

Iktidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk

Darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa tubuh. Badan mendapat semula waktu rehat dan melepaskan ketegangan.

Sujud

Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelak perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya kepala (Termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru-paru.

"Mental toxin" minda dibersihkan oleh darah, menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan jenin wanita hamil, memperbetulkan rahim wanita, mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan sendi dan menghapuskan keangkuhan, meningkatkan maqam roh, malah kedudukan sujud ini adalah PATI ibadat solat.

Duduk Di antara Dua Sujud

Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini mambantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua-dua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan perut ke bawah.

Sujud Kedua

Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf, meringankan badan, kebahagian emosi dan sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

Bangun Semula Daripada Sujud

Peredaran darah kembali kebahagaian atas tubuh, malah posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh dan memberikan rehat yang selesa dan pergerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan dalam perut ke bawah.

Sampai-sampaikan dan selamat beramal......

Kamis, 17 Januari 2013

Apa Gunanya Solat itu Kalau Ada Unsur Paksaan?



Isu ini ditulis di mana penulis pernah berbicara dengan seorang kawannya yang mengatakan: " Buat apa, kalau solat kerana dipaksa, tidak ada rasa ikhlas dalam diri? Sia-sia."

Penulis hanya diam mendengar, lantas dia menyambung lagi, " Tak guna rotan dan marah budak-budak untuk suruh solat, apa gunanya solat itu kalau ada unsur paksaan."

Mungkin kerana jahilnya penulis pada waktu itu, maka terlintas di fikiran, " Kalau tiada keikhlasan dalam solat, sia-sialah solat itu." Ikhlas merupakan roh dalam ibadah dan juga titik permulaan kesempurnaan sesuatu ibadah yang dilakukan.

Jadi isu perkara wajib yang dituntut syarak seperti solat menentang ketidakikhlasan merupakan satu perkara besar yang perlu didedahkan kepada mereka yang jahil tentang tuntutan yang wajib dalam Islam yang tidak sepatutnya dipandang remeh.

Berdasarkan buku bertajuk "Beduk Diketuk" karya Pahrol Mohd Juoi, beliau ada mengatakan di dalam buku tersebut untuk menjadi baik perlulah memperbaiki solat, dan orang yang baik adalah orang yang melakukan solat tetapi paling penting untuk menjadi baik perlulah solat. Dapatlah disimpulkan bahawa persoalan sama ada ikhlas ataupun tidak , jangan jadikan ia alasan untuk tidak melaksanakan solat itu.

Suatu kisah diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W tentang orang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri. Abu Hurairah bertanya bagaimana keadaan orang yang sedemikian? Rasullah S.A.W menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.

Melalui kisah ini, jelas orang yang mencuri hatinya kotor dan solatnya sia-sia jika dia masih mencuri, tetapi Rasullah S.A.W menyatakan walau seteruk mana pun seseorang itu, solat mampu mengubahnya.

Justeru paksaan bukanlah bermakna sia-sia ibadah yang dilakukan, tetapi sebagai titik pendorong kepada kebaikan. Paksaan melaksanakan kebaikan akan membuahkan hasil daripada paksaan dalam melakukan kejahatan. Sesetengah perkara perlu dipaksa dalam melaksanakan sesuatu perbuatan. Tidak perlu kepada ikhlas dalam diri. Mungkin ini dinamakan hipokrit, tetapi biarlah hipokrit kena pada gayanya.


Seseorang mempertikaikan tentang keikhlasan, ia boleh mengundang keikhlasan yang menyimpang di mana ramai orang menganggap bahawa tiada amalan tanpa keikhlasan seperti kata-kata yang sering didengar;"

"Tiada guna amalan yang kita lakukan jika tidak ikhlas! Aku nak solat ke tak nak solat ke itu hak aku dengan Allah" atau

"Buat apa memakai tudung kalau hati tidak ikhlas? Baik tunggu hati benar-benar ikhlas barulah memakai tudung."

Inilah realiti masyarakat yang jahil memahami antara tuntutan syarak dan ikhlas. Malang sungguh hidup mereka yang merasakan dirinya pandai dalam hal-hal agama sedangkan mereka kadang-kadang sesat dalam agama bukan kerana kebodohannya, tetapi kerana terasa dirinya pandai menggunakan akal memahami maksud firman Ilahi.

Apalah guna mendabik dada tentang amalan ikhlas jika suruhan Allah diingkari?

Adakah Allah pernah menyebut bahawa sesiapa yang merasa dirinya tidak ikhlas maka tidak perlu menunaikan perintah-Nya yang wajib seperti solat, berpuasa, menutup aurat dan sebagainya?

Sudah tentu tidak! Justeru itu dari manakah datangnya kefahaman mereka bahawa jika tidak ikhlas, kita tidak perlu menunaikan kewajipan yang telah Allah tetapkan?

Ia datang dari rasa kebijaksanaan mereka memikirkan idea logik tentang agama. Padahal mereka sebenarnya diperbodohkan oleh syaitan untuk menyesatkan diri mereka semata-mata.

Ikhlas adalah ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam di dalam gua yang kelam dan di malam yang gelap gelita.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
(Surah al-An'am 162)

Ikhlas adalah ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam di dalam gua yang kelam dan di malam yang gelap gelita. Dalam ikhlas tidak ada kepentingan diri. Semuanya kerana Allah S.W.T. Tiada sesiapa pun yang dapat mengatakan dirinya itu 'sudah ikhlas' kerana ikhlas itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. 

Kesimpulannya, didiklah diri kita daripada membuat sesuatu dalam paksaan menjadi rela keranaNya. Jika belum rasa ikhlas menunaikannya, jangan terus ditinggalkan ibadah itu. Yakinlah, amalan yang padanya  dimulakan dengan rasa terpaksa namun tetap dilakukan kerana tidak ingin mengundang dosa itu lebih baik daripada meninggalkan terus perkara yang wajib ke atas dirinya.

Percaya atau tidak, ramai di antara mereka yang telah pun menjadi testimoninya. Mulanya merasa sukar dan terpaksa melakukannya khususnya dalam solat, namun akhirnya merasa mudah melaksanakannya. Segala amalan yang dilakukan dikerjakan dengan rela hati dan akhirnya mengundang rasa ikhlas tanpa dia menyedarinya.

Wallahu Anta 'Alam

Sumber : iluvislam.com


Selasa, 15 Januari 2013

10 Golongan Solatnya tidak Diterima Allah

10 Golongan Solatnya tidak Diterima Allah

Sabda RasulullahSAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.
Terdapat Hadis Rasulullah saw juga mengatakan bahawa terdapat 10 golongan manusia yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT iaitu :
  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

  3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).

  4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

  5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

  6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

  7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.

  8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

  9. Orang yang suka makan riba.

  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
---Solat itu Tiang Agama--

 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com