Tampilkan postingan dengan label ayat motivasi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ayat motivasi. Tampilkan semua postingan

Rabu, 19 Juni 2013

Ayat Motivasi daripada Al quran


Setiap hari aku memerhatikan ayat-ayat itu…ayat-ayat memberiku semangat…Biarpun beratus-ratus buku motivasi ku baca, namun ayat-ayat itu lebih bersemangat dan mengajarku seribu erti…aku bukanlah seorang hafiz, hanya sebagai pemerhati semata…Pun begitu, inginku sampaikan dan berkongsi bersama kalian sebagai ingatan kita bersama…

Sahabatku,

Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan…

Sahabatku yang ku kenali,
Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu sebagai ingatan kita bersama…
Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah…
Ayat-ayat yang diturunan olehNya kepada junjungan besar untuk disampaikan…
“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran  : 58.
Sahabatku yang ku kasihi,
Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…
Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar dikau menjadi seorang yang tabah…
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11
“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.
Sahabatku yang ku rindui,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1
Sahabatku,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7 
Sahabatku yang ku kasihi,
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…
“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.
Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45
Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah, biarpun seringkali jua aku tersunggur…ingin ku sampaikan untuk dirimu agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat, namun hanya sekadar ini sahaja yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu…

Sabtu, 12 Januari 2013

Koleksi Ayat Motivasi dan Mutiara Kata Indah



Ayat Motivasi dan Mutiara Kata
  1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama

  2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

  3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

  4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan

  5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire

  6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

  7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.

  8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

  9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson

  10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

  11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

  12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…

  13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

  14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. 

  15. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

  16. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

  17. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

  18. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

  19. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.

  20. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159

  21. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
P.S. I : Koleksi Mutiara Kata dan Motivasi
P.S. II : Romantik Gaya Saidina Umar Al Khattab

Rabu, 09 Januari 2013

Koleksi Mutiara Kata dan Motivasi



"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
 "Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"
 "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
 "Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"
 "Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"
 "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (QS Al-Qasas: 77)
 "Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Keseluruhan mutiara kata ini di himpun dari berbagai sumber seperti majalah, buku-buku, akhbar dan internet, Jika anda suka silahlah Like dan Share..

Jumat, 05 Februari 2010

Bagaimana Untuk Melatih Diri Supaya Sentiasa Bertenang



Di Sini saya kemukakan Empat cara bagi melatih diri Untuk sentiasa Bertenang
1. Latih diri melalui kekerapan berdoa. Doa bukan sekadar selepas sembahyang, tapi ia juga boleh dilafazkan selalu di dalam hati.
Ambil masa beberapa saat, tutup mata, tenangkan jiwa lalu minta pada Allah supaya Anda hati Anda ditenangkan selalu, emosi Anda tenang selalu, Anda ditemukan dengan situasi-situasi yang sentiasa menenangkan.
2. Latih diri bertenang ketika sembahyang, selepas sembahyang dan ibadah-ibadah lainnya. Bekerja, belajar dan berniaga adalah salah satu bentuk ibadah. Cuba tenangkan diri selalu. Be in control.
Latih diri Anda bertenang selalu ketika melakukannya, wujudkan keseronokan supaya fikiran Anda terfokus. Ada orang rajin menjaga sembahyang simply sebab dia seronok merasai ketenangan yang timbul ketika bersembahyang.
3. Latih diri bertenang dengan membuat latihan pernafasan. Ketenangan minda banyak dipengaruhi oleh pernafasan kita.
Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan selama 3-5 lima saat (atau 7 saat) kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat juga. Lakukan banyak kali dalam sehari. Selain menenangkan, ia membuat fikiran Anda lebih positif kerana latihan pernafasan teratur membuang semua fikiran-fikiran negatif.
4. Jalani hidup dengan penuh kawalan pada emosi Anda, fikiran Anda, kata-kata Anda dan perbuatan Anda. Bila Anda latih diri untuk mengawal semuanya, Anda akan terdorong untuk bertenangan kerana hanya dengan ketenangan, Anda dapat mengawal emosi, fikiran dan kata-kata.

 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com