Tampilkan postingan dengan label kata hikmah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kata hikmah. Tampilkan semua postingan

Rabu, 05 Desember 2012

Apabila Hati Sudah Mati - Muhasabah Diri



  • Sesiapa yang banyak bercakap nescaya banyak berbohong
  • Sesiapa yang banyak berbohong nescaya kurang malunya
  • Sesiapa yang kurang malunya nescaya kurang wara’nya
  • Sesiapa yang kurang wara’nya nescaya hatinya mati
Apabila hati telah menjadi mati, seseorang manusia itu akan sukar untuk menerima hidayah atau petunjuk dari Allah. Tanpa hidayah, hidupnya akan sentiasa berkata-kata dan membuat  sebarang dosa menurut hasutan iblis lalu terjadilah penderhakaan terhadap ALLAH..

*Semoga bermanfaat untuk semua....

Senin, 03 Desember 2012

15 Kata-kata Ustaz Azhar Idrus (UAI)



  1. Setiap org yg masih bernyawa beruntung dibandingkan dgn mayat di dlm Kubur kerana masih lagi dapat berzikir kpd Allah swt..
  2. Hantar anak tuisyen bukannya wajib, hadir menuntut ilmu fardhu ain adalah wajib.. Renung2 kan
  3. Bertahun-tahun dikurniakan sihat tubuh badan, tiba-tiba 2 hari ditakdirkan sakit, habis dilupakan kesihatan yg Allah kurniakan..
  4. Ramai umat manusia yang membaca Quran, akan tetapi Quran melaknat mereka..
  5. Hari-hari kita membaca akhbar, kenapa tidak hari-hari kita menatap kitab suci Quran?
  6. Ramai yg sanggup belajar sehingga oversea utk menuntut ilmu dunia, tp berapa ramai yang sanggup ke masjid/surau dlm kampung utk mencari bekal?
  7. Apakah berkereta besar itu sahaja satu nikmat? Tidakkah dapat berjalan kaki merupakan satu nikmat yg besar.. ?
  8. Tiada apa2 bagi si mati kecuali kebaikan yang diusahakannya ketika ia hidup..
  9. Apa yang kamu derma, itulah yang kekal bagi kamu.. Sabda Rasulullah; tidak kurang harta apa yg kamu sedekah..
  10. Ketahuilah wahai lelaki, apabila kamu berkawin bermakna kamu akan bersama dgn makhluk yg tersangat hebat dan keras kepala..
  11. Sekurang-kurangnya lakukan lah sekali dalam seumur hidupmu Solat Sunat Tasbih
  12. Dunia syurga bagi orang kafir & orang laroo, Penjara bagi orang yang beriman.. Doksoh dukacita la kalau hidup susah..
  13. Beribu-ribu hadis nabi yg telah diriwayatkan, berapa hadis yg ada dlm dada kita?
  14. Kita makan utk hidup, bukan hidup utk makan. Kita hidup adalah utk ibadah.
  15. Bersosial jangan sampai jadi "SO SIAL"

Jumat, 20 Juli 2012

7 Ayat-ayat Cinta yang Kekal Selamanya




Sabda Rasulullah s.a.w :
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan...
1. Bismillahhirrahmannirahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquatai llahbillah:
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah:
jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Lailahaillallah:
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...


Selasa, 10 Juli 2012

12 Mutiara Kata Islam untuk santapan rohani


"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)

"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)

"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi)

Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)

"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin)

"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasehat menasehati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3)

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib) 

"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati" (Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi) 

"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup,iaitu MATI" (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)

Sabtu, 12 Mei 2012

Sesuci Cinta Khadijah




Hakikat cinta itu sering teruji
Sering dilanda badai duniawi

Menguji kuatkah cinta di hati
Kukuhkah ikatan yang terpateri
Dia menjadi lambang cinta suci
Kekasih sejati Nabi terpuji

Tak pernah lekang dari bibir dan hati
Mulianya dia seorang serikandi
Darinya lahir putera dan puteri
Zuriat penyambung keturunan Nabi

Diberi didikan tauladan Islami
Membesar menjadi pembela diri
Darinya lahir semangat memberi
Harta dinafkah ke jalan Ilahi
Tidak pernah takut miskin diri
Tetapi bimbang miskinnya rohani
Hanya mengharap balasan syurgawi

Dia  wanita suci lagi terpuji
Dialah Khadijah lambang wanita sejati
Isteri Nabi yang paling dicintai
Juga yang paling dirindui
Tak pernah ada pengganti

Layakkah kita menjadi sepertinya?
Mencintai Rasul sepenuh hati
Tak pernah ada ragu dalam diri
Memenangkan Nabi tiada yang ditakuti

Meski tak boleh menjadi serikandi
Cukuplah sekadar  sayap kiri
Membantu perjuangan para mujahid dini
Yang merindui syahid di jalan Ilahi

Peganglah duhai muslimah sejati
Walau sedikit semangat Khadijah isteri Nabi
Moga kita mampu memujahadah diri
Bangkit membela demi cinta Ilahi
Demi mendapat syafaat Baginda Nabi
Moga Islam kan terus  dijulang tinggi 



Jumat, 26 Maret 2010

Himpunan Kata-kata Hikmah



Di sini saya ingin kongsikan bersama Himpunan-himpunan koleksi kata-kata hikmah yang banyak terdapat dalam dunia maya ini. Semoga dapat dijadikan panduan dan teladan kepada si Pembaca :

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com