Tampilkan postingan dengan label nama bayi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label nama bayi. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 29 Juni 2013

Kaedah Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam


Allah SWT berfirman dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50 :
“Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.”
Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat. Sebagai contoh, adab menyambut kelahiran, antaranya :

Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah. Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ulama’ iaitu: “Burika laka fil Mauhub, wasyakartal Wahiba, wabalagha rushdahu waruziqta birrahu (Moga diberkati untukmu pada kurnia-Nya dan hendaklah engkau bersyukur kepada Pengurnia (Allah) dan moga anak itu mencapai umur dewasa dan engkau memperoleh kebaktiannya).”

Apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.

Hendaklah ditahnikkan bayi itu.
Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: “Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku).

Mencukur rambut bayi.
Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda: “Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.”

Melakukan akikah iaitu anak lelaki dua ekor kambing dan anak perempuan seekor kambing. Seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.” Demikianlah, wallahua’lam.

Senin, 27 Mei 2013

Nama-nama Yang Dilarang Dalam Islam



Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya :

1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Haikal/Haiqal – tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

[Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam]

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda :

A
  • Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
  • Abkam Tidak celik, buta
  • Afinah Yang bodoh
  • Amah Hamba suruhan perempuan
  • Asiah Wanita yang derhaka
  • Asyar Paling jahat
  • Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
  • Aznie Aku berzina

B
  • Baghiah Yang zalim, jahat
  • Bahimah Binatang
  • Bakiah Yang menangis, merengek
  • Balidah Yang bodoh, bebal
  • Baqarah Lembu Betina
  • Batilah Yang batil, tidak benar

D
  • Dabbah Binatang
  • Dahisyah Goncang, stress
  • Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
  • Dami’ah Yang mengalir air matanya
  • Daniyah Yang lemah dan hina
  • Darakah Kedudukan yang rendah

F
  • Faji’ah Kecelakaan
  • Fajirah Yang jahat, yang berdosa
  • Fasidah Yang rosak, yang binasa
  • Fasiqah Yang jahat, si fasik
  • Fasyilah Gagal, kalah

G
  • Ghafilah Yang lalai, yang leka
  • Ghaibah Hilang
  • Ghailah Kecelakaan, bencana
  • Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
  • Ghasibah Perampas, perompak
  • Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu

H
  • Haqidah Yang dengki
  • Hasidah Yang hasad
  • Hazinah Yang sedih
  • Huzn Kesedihan

J
  • Jafiah Yang tidak suka berkawan
  • Jariah Hamba suruhan perempuan

K
  • Kafirah Yang kafir, yang ingkar
  • Kaibah Yang sedih
  • Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
  • Kazibah Pendusta, pembohong
  • Khabithah Yang jahat, yang keji
  • Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
  • Khamrah Arak
  • Khasirah Yang rugi
  • Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa

L
  • Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
  • Lahab Bara api
  • Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
  • La’imah Yang tercela
  • Lainah Yang terkutuk

M
  • Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
  • Majusiah Agama menyembah api atau matahari
  • Maridah Yang menderhaka
  • Munafikah Yang munafik
  • Musibah Celaka, bencana, kemalangan

N
  • Najisah Yang najis dan kotor
  • Nariah Api
  • Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami

Q
  • Qabihah Yang buruk, hodoh
  • Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
  • Qatilah Pembunuh
  • Qazurah Kejahatan, perzinaan

R
  • Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
  • Razani Kepala zakar lelaki
  • Razi’ah Kecelakaan, musibah
  • Razilah Yang keji dan hina

S
  • Safih Insan Manusia bodoh
  • Safilah Yang rendah dan hina
  • Sahiah Yang pelupa
  • Sharrul / Sharru Jahat
  • Sakirah Pemabuk
  • Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
  • Syafihah Yang bodoh
  • Syani’ah Yang buruk
  • Syaqiyah Yang menderita
  • Syaridah Yang diusir
  • Syariqah Pencuri
  • Syarisah Yang buruk akhlak
  • Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
  • Syatimah Maki hamun

T
  • Tafihah Karut
  • Talifah Yang rosak, yang binasa
  • Talihah Yang tidak baik
  • Tarbiyah Yang papa kedana
  • Tarikah Anak dara tua

W
  • Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
  • Wahimah Yang lemah
  • Wahinah Penakut
  • Wailah Bencana, keburukan
  • Wajilah Penakut
  • Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
  • Waqihah Yang kurang sopan dan malu
  • Wasikhah Yang kotor
  • Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
  • Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
  • Wathy / Wathi Bersetubuh

Y
  • Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
  • Yaisah Yang berputus asa

Z
  • Zalijah Kebinasaan
  • Zalilah Yang hina
  • Zalimah Yang zalim
  • Zaniyah Penzina, pelacur
  • Zufafah Racun pembunuh

 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com