Tampilkan postingan dengan label solat subuh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label solat subuh. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 06 Juli 2013

Dua Amalan Sunnah Selepas Solat Subuh dan Maghrib


Pertama : Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :

ﻟَﺎ ﺇِﻟَﻪَ ﺇِﻟَّﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻭَﺣْﺪَﻩُ ﻟَﺎ ﺷَﺮِﻳﻚَ ﻟَﻪُ , ﻟَﻪُ ﺍﻟْﻤُﻠْﻚُ ﻭَﻟَﻪُ ﺍﻟْﺤَﻤْﺪُ , ﻲﻴﺤﻳ ,ﺖﻴﻤﻳﻭ ﻭَﻫُﻮَ ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﺷَﻲْﺀٍ ﻗَﺪِﻳﺮٌ
Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Kedua : Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﺟِﺮْﻧﻲ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺭ
“ Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”
Boleh juga membaca :

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﺟِﺮْﻧَﺎ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺭ
“Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”
Apakah fadilat amalan yang pertama?

Hadis daripada Abu Zar berkata, Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda,
"Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah. ” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa
at-Tarhib: 1/306)
Imam an-Nasa’I menambah, “Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba.” Imam at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan  seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka 12000.”

Apa pula fadilat amalan yang kedua? 

Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata ; Nabi S.A.W bersabda,
“Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata:
“Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)

Sabtu, 30 Maret 2013

Kelebihan Solat 5 Waktu Terutamanya Waktu Subuh



Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda : 
“Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan – perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)
Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini kerana solat Subuh lebih berat daripada solat lain disebabkan Subuh waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk.

Rasulullah SAW bersabda : 
“Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” (Riwayat Muslim)
Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain.

Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah).

Berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan, rukun dan kesempurnaan wuduk.

Rasulullah SAW bersabda : 
“Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)

Selasa, 26 Februari 2013

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh


21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh ialah : 

1. Tidur lebih awal.

2. Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur

3. Tekad untuk bangun solat subuh

4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun

5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat

6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat

7. Mengguna saranan-saranan peringatan

8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur

9. Tidak tidur sendirian

10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain

11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap

12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari waktu solat

13. Menyalakan lampu di saat bangun

14. Tidak berjaga malam terlalu lama

15. Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur

16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar

17. Mengerjakan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh

18. Mengikut petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur

19. Tidur di siang hari (Qailulah)

20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib

21. Ikhlas kerana ALLAH SWT.

Sabda Nabi:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya:
Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan. (Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
Hadis Telah sedia menyebut :
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)
 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com