Tampilkan postingan dengan label puasa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label puasa. Tampilkan semua postingan

Rabu, 10 Juli 2013

Tips Mengatasi Bau Mulut Ketika Berpuasa


Selama menjalankan ibadah puasa, masalah bau mulut seringkali menimbulkan ketidakselesaan. Semasa berpuasa, pengeluaran air liur dalam mulut dan dalam saluran pencernaan berkurang sehingga menjadi lebih kering. Akibatnya timbul halitosis atau bau mulut. 

Bau mulut juga boleh disebabkan penyakit sistemis seperti liver, perut, saluran pernafasan dan ginjal akut. Sedangkan penyakit gigi dan mulut penyebab nafas tak segar di antaranya gigi berlubang, radang gusi, gingivitis kerana karang gigi, dan periodontitis. Dalam hadtih ada menyebut yang bermaksud :
Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. (HR. Muslim no. 1151)
Berikut beberapa tips bagi mengatasi bau mulut ketika berpuasa :

  1. Menjaga kesihatan gigi dan mulut dengan menggosok gigi dan lidah secara betul. Bersihkan sela-sela gigi dengan benang gigi. Jika menggunakan cecair kumur, jangan memakai cecair dengan kandungan alkohol di atas 25 peratus kerana meningkatkan risiko kanser rongga mulut.

  2. Periksa ke doktor gigi anda sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Bila ada masa, lakukan spa gigi dua kali dalam sebulan untuk menjaga kesihatan gigi.

  3. Elakkan merokok dan alkohol kerana memberi kesan memburukkan status kebersihan mulut yang mencetuskan terjadinya gingivitis dan periodontitis. Alkohol mengurangkan pengeluaran air liur yang akan memburukkan bau mulut.

  4. Perbanyak pengambilan buah-buahan pengusir bau mulut seperti epal, bengkuang dan lobak merah. Teh hijau mengandungi bahan aktif catechin yang dapat menghilangkan plak, menurunkan kadar gula, dan membunuh bakteria penyebab bau mulut. Minumlah 2-5 cawan teh hijau sehari.

  5. Keju yang rendah karbohidrat, tinggi kalsium dan mengandungi fosfat, dapat memperkuat gigi, meningkatkan pengeluaran air liur dan mengurangkan pertumbuhan karang gigi.

  6. Perbanyak pengambilan air masak minimal satu liter atau lapan gelas sehari selama berbuka hingga sahur. Ini untuk menjaga keseimbangan air dalam tubuh.

Sabtu, 29 Juni 2013

Lafaz Niat Puasa Fardhu Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa


Sebagai persiapan bagi menghadapi bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, marilah sama-sama kita mempersiapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat. Dijangkakan umat islam akan menunaikan ibadah puasa bermula pada 10 julai 2013 iaitu pada hari rabu. Walaubagaimanapun tarikh permulaan puasa bergantung kepada pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja-raja.

Puasa merupakan salah satu rukun islam yang wajib dilaksanakan. Puasa dari segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri.

Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Sebagai perkongsian dan peringatan bersama di bawah disertakan lafaz niat puasa fardhu ramadhan dan juga doa berbuka puasa.

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

dan 

Doa Ketika Berbuka Puasa :


Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Semoga ibadah kita diterima Allah dan diberkati..

Kamis, 28 Juni 2012

Doa Malaikat bersama orang yang bersedekah di bulan Ramadhan



Bulan Ramadan al- Mubarak antara bulan yang digandakan amalannya, pada bulan ini digalakkan bersedekah malah ia merupakan sunnah Nabi SAW dan salah satunya ialah memberi makan untuk orang berbuka puasa.

Bahawa hadis Nabi menyebut: "Sesiapa yang memberi minum orang yang berpuasa maka ia akan diberi minum oleh Allah SWT daripada kolam-Nya di hari akhirat nanti yang mana minumannya tidak akan dahaga sehingga dia masuk syurga."

Hadis nabi menyebut bahawa: "Pagi-pagi lagi Malaikat berdoa kepada orang yang bersedekah supaya ditambahkan hartanya dan orang yang kedekut akan dibinasakan hartanya."

Bersedekah kepada fakir miskin akan mendapat empat kelebihan untuk mengukuhkan dunia ini. Empat perkara tersebut ialah keadilan pemerintah, ulama yang beramal, pemurahnya orang yang hartawan dan doa daripada orang fakir.

Sekurang-kurangnya bersedekah kepada fakir miskin boleh mengurang tahap jurang social, kebanyakan orang fakir ialah terdiri daripada orang yang berjiwa halus dan apabila bersedekah kepada orang fakir mereka akan berasa diri tidak dipinggirkan....

Wallahualam........
 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com