Tampilkan postingan dengan label Ilmu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ilmu. Tampilkan semua postingan

Senin, 29 Maret 2010

Renungan Bersama


Daripad Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad S.A.W. Bersabda : Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang menakjubkan pada malam kelmarin….
     
  1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATANYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

  2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.

  3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah diselmatkan oleh berkat ZIKIRNYA kepada Allah.

  4. Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan Itu.

  5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah Pahala PUASANYA member minum sehingga ia merasa puas.

  6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan Para Nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia dating dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di SebelahKu.

  7. Aku melihat seorang daripada umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan  bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

  8. Aku melihat umatku berbicara dengan golongan mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

  9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segerlah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menaburi muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

  10. Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul Zabaniah ke merata tempat, maka datanglah Pahala AMAR MA’RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat Rahmat.

  11. Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan Dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.

  12. Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.

  13. Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAK YANG MATI KECIL lalu menekan timbangannya hingga menjadi berat.

  14. Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka Jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH, lalu menyelamatkannya.

  15. Aku melihat umatku terjerumus ke dalam lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, lalu menyelamatkannya.

  16. Aku juga melihat umatku  sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangan dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.

  17. Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.

  18. Aku melihat umatku sudah hampir tiba di syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan dia pun memasukinya.

  19. Aku melihat ramai orang yang sedang menggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril Siapa mereka..? Jawab Jibril itulah orang-orang yang suka membawa mulut ke sana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka . Aku bertanya kepada Jibril Siapa Pula mereka..? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.


Semoga dijadikan pedoman untuk diamalkan dan disampaikan….

Jumat, 26 Maret 2010

Faedah Ilmu Pengetahuan


Faedah ilmu pengetahuan amatlah banyak. Ini akan dapat diketahui bagi sesiapa yang merasai kelazatannya. Seorang yang berilmu akan dapat bekerja dan mendapatkan rezeki untuk terus hidup. Dia juga dapat berfikir dan mencari jalan untuk menambahkan pendapatannya dan mengembangkannya untuk masa hadapannya. 

Manakala dengan ilmunya akan membolehkan dia berupaya mereka cipta alatan-alatan dan membuat mesin-mesin yang diperlukan pada masa kini. Pesawat-pesawat, kapal-kapal dan kereta-kereta dan kesemua kemudahan pengangkutan yang digunakan oleh manusia untuk bergerak dan memindahkan barang-barang adalah hasil daripada usaha orang-orang yang berilmu atau cendekiawan, tanpa ilmu tidak akan dapat manusia pada hari ini untuk terus hidup dengan selesa dan bahagia serta bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan begitu mudah.


Tetapi apa yang paling penting daripada Faedah tersebut ialah "Ilmu Agama". Kerana dengan adanya ilmu agama ini manusia akan dapat berakhlak dengan akhlak yang baik dan lebih bersikap tolak ansur dan lebih bersedia untuk sentiasa menolong orang-orang yang lemah. Di Samping merendah diri dalam kehidupannya dan menyerahkan segala urusannya kepada Allah S.W.T.


Jumat, 12 Februari 2010

Hukum menggunakan tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan


SAYA menerima satu soalan menarik iaitu: “Apakah hukum amalan menggunakan nombor pada tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorang contohnya mengetahui status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun yang dianalisis dan pelbagai lagi,”.

Perlu difahami isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, perkara akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu mengenai makhluk halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti disumberkan kepada tiga sumber saja iaitu al-Quran, hadis sahih dan Hasan serta fitrah kejadian alam (sunnatullah) Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan Allah SWT dan Rasul-Nya sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Naml ayat 65 yang bermaksud: “Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT.”

SUNNATULLAH (HUKUM ALAM) BOLEH DIPERCAYAI Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat daripada satelit maka didapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan. Alah SWT menyatakan: “Andai kata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, nescaya akan rosaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya,” (al-Mu’minun: 71).

Inilah yang perlu dimaklumi bahawa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti. Ini sebagaimana dinyatakan al-Quran dalam beberapa ayat, antaranya: “Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti,” (Fathir: 43). Hasil daripada kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan akidah. Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mengetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagainya amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah’ atau tajribah (percubaan dan analisa) pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana, analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti saintifik dan fizikal seperti ramalan cuaca melalui maklumat lengkap daripada kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden serta visual dari satelit. Begitu juga khasiat kayu-kayan tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan sebagainya. Ia juga bersifat fizikal iaitu kepada kayu tersebut dan bauan atau warnanya. Kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian akan datang akan jadi kaya atau terus miskin dan sebagainya bukan daripada sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh yang kayu dan ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir.

NABI PUN TIDAK MENGETAHUI YANG GHAIB Nabi Muhammad SAW datang dan ditemuinya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara ghaib baik masa lalu mahupun akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya. Justeru, baginda mengisytiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syarak. Rasulullah SAW membacakan kepada mereka wahyu Allah SWT yang berbunyi: “Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah SWT semesta,” (an-Naml: 65).

Bukan malaikat, jin dan manusia yang mengetahui perkara ghaib. Rasulullah SAW juga menegaskan mengenai dirinya dengan perintah Allah SWT sebagai berikut: “Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, nescaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah, tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mahu beriman,” (al-A’raf: 188).

Oleh kerana itu, barang siapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah SWT, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia. JANGAN JADI BOMOH TIDAK RASMI Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Rasulullah SAW. Mereka menganggap baginda seorang yang mengaku mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada baginda: “Tahukah tuan apakah ini?” Rasulullah SAW menjawab dengan tegas: “Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka.” Inilah yang dilakukan oleh bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti meramal di mana boleh ditemui orang hilang, meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah ada kalanya menyalahgunakan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka. Memang tabiat bomoh atau dukun akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita mengenai perkara akan datang. Biasanya dakwaan itu bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan pembohongan dan manusia mempercayai ramalan bomoh terbabit.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini kerana bomoh kadang kala menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah SWT tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang bomoh itu katakan maka tidak diterima solatnya selama 40 hari,” (Riwayat Muslim).

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Barang siapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah SWT turunkan kepada Nabi Muhammad SAW,” (Riwayat al-Bazzar dengan sanad yang kuat; berkata al-Haithami perawinya sahih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117; Muntaqa, 2/791).

Semoga kita semua terselamat daripada kesesatan dan kebahayaan syirik. Perlu diingat di sini, perkara syirik sebegini, sengaja melihat dan menganalisa untuk tujuan ‘suka-suka’ juga diharamkan. Ia perlu dijauhi sejauh-jauhnya.


Zaharuddin Abdul Rahman
(Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM)
zaharuddin@yahoo.com
 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com