Tampilkan postingan dengan label Panduan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Panduan. Tampilkan semua postingan

Senin, 31 Desember 2012

Kisah Penghijrahan Seorang Hamba


Gambar Hiasan

Bismillahirrahmanirrahim. 
Hamba Allah ini punya nama, namun biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan DIA. Andai dirimu mengenali dia, tidak mengapa. Ini kisah penghijrahannya. Kisah yang penuh dengan ranjau dan duri berbisa. Semoga sama-sama beroleh manfaatnya. 

Dulu dirinya sopan. Malu itulah perisai dirinya. Namun, lantaran dia tidak betah dengan godaan dunia, akhirnya dia tewas. Tewas dalam arus yang menghanyutkan. Hampir sahaja dia lemas. Ya. Hampir. Dia sebenarnya tahu hukum hakam agama. Dia faham. Dia arif. Namun, demi keseronokan yang sementara, dia sanggup membutakan matanya, Mentulikan telinganya dari segala hukum agama. Berkali-kali dinasihatkan, namun dia buat tidak endah. Berapa ramai yang cuba menegurnya. Berapa ramai yang cuba menasihatinya. Namun, apa yang mereka dapat? Hanya jelingan maut dan kata-kata yang kesat. 

Sehinggalah suatu saat, sedang dia leka dengan keseronokan dunia yang sementara, Allah mengujinya. Dia jatuh sakit. Sakit yang berpanjangan. Sakit yang tiada berkesudahan. Berulang-alik ke hospital mencari penawar. Apa yang dia peroleh? Tiada apa. Malah, doktor juga hampir berputus asa. Penyakitnya tidak dapat diketahui puncanya. 

Bukan itu sahaja. Dia juga diuji dengan fitnah yang mendatang. Fitnah yang disebarkan hingga akhirnya dia akui keagungan dan kekuasaan Al-Rahman. Dia akui dia tewas. Dia akui dia lemah. Di mana kawan-kawannya yang mengatakan mereka begitu setia dengannya dahulu? Di mana? Tidak ada! Bahkan yang dikatakan 'kawan' itulah yang mengkhianatinya. Dia tidak punya sesiapa waktu itu. Mujur sahaja ibu bapanya ada bersamanya. Waktu itu, dia merasakan dia begitu berdosa terhadap orang tuanya. Mana tidaknya? Dek kerana 'kawan', dia menjadi kurang ajar terhadap orang tuanya. Sanggup membelakangkan nasihat orang tuanya demi kawan yang menjadi penemannya. 

Waktu itu, dia cuba mengenali siapa Rabb nya. Ibu ayahnya tidak pernah berhenti daripada memberikan sokongan padanya. Dia akur pada kebesaran Ilahi. Dia tahu apa maknanya cinta sejati. Saat dia hampir mati, tiba-tiba Tuhan memberi nyawanya kembali. Sungguh! Dia bersyukur pada Ilahi! Bagaimana tidak? Saat kematian menghampiri, Allah memberikannya peluang untuk kembali bernafas di bumi! Waktu itu, dia berjanji. Tidak akan mempersiakan 'peluang kedua' yang diperoleh dari Rabbi. Namun, lumrah manusia. Janji hanya tinggal janji. Dia tidak pernah cuba untuk menepati.

Saat 'kawan-kawannya' kembali di sisi, dia alpa lagi. Dia leka lagi. Dia tewas lagi. Kali ini, dia cuba untuk bercinta. Ya. Bercinta dengan manusia yang cintanya tidak pasti. Sungguh. Waktu itu indah sekali. Bermesej. Ungkap kata-kata cinta. Terasa bahagia. Sering tersenyum. Ke mana-mana handphone setia di sisi. Dia solat. Dia baca Al-Quran. Namun, dia tidak bersedia untuk meninggalkan. Meninggalkan apa yang dia akui haram di sisi Islam. Ya. Dia tahu, hakikatnya 'couple' itu haram. Dia tahu, walaupun dia sering nasihat-menasihati bab agama, ia tetap salah! Mana ada istilah 'couple islamic'! Semua itu sebenarnya karut! Namun, imannya menidakkan! Nafsunya mengiyakan! Apa yang haram di halalkan! Waktu itu dia tidak kisah semua itu! Yang dia tahu, dia sayang lelaki itu. Sangat sayang. 

Kerana dia sedar, lelaki itu terlalu baik untuknya. Namun, hidayah Allah itu terus-terusan menyapa. Makin lama dia 'bercouple' makin dia rasakan, ada sesuatu yang tidak kena. Bagai ada sesuatu yang mencengkam hati dan jiwanya. Bagai ada sesuatu yang merotan qalbu dan atmanya. Dia tahu itu dosa! Dia tahu! Namun, dia tetap cuba membutakan matanya! Mentulikan telinganya! Arghhh! Dia tidak peduli semua itu! Tapi, Allah itu tetap sayangkan dirinya. Cinta-NYA terus-terusan menyapa hingga dirinya akur. Dia tidak mampu menolak cinta Ilahi yang mampir dalam hati dan jiwanya. Cinta Ilahi terus-terusan mengasaknya hingga dia tersungkur di sejadah cinta. Ya. Benar. Dia memang sayangkan lelaki itu. Namun, dia lagi sayangkan agamanya. Maruahnya. Rasulnya. Keluarganya. Dan yang lebih utama Illah nya. Dia sedar, dia tidak mampu menolak lamaran Tuhannya. Lamarannya begitu telus. Begitu tulus hingga dia terbuai-buai dalam dakapan cinta-NYA. Demi cinta-NYA pada Ilahi, dia sanggup melepaskan si lelaki itu pergi. Biarlah. Memang. Sakit hatinya saat perpisahan itu berlaku. Bagai disiat-siat dengan sesuatu. Sesuatu yang amat tajam, hingga hatinya dirobek dengan kejam. Namun, dia cuba. Cuba untuk mendamaikan hatinya dengan pujukan-pujukan dari-NYA. Berkali-kali dia tersungkur rebah. Berkali-kali dia luka berdarah. Hingga dia akhirnya lemah dan menyerah. Namun, Tuhannya memujuknya dengan kalimah ; La tai'ssu min rowhillah!

Lantas dia sedar! Dia punya Allah! Terus-terusan dia memujuk hatinya. Sudah banyak mana airmata yang mengalir di pipinya. Dia lemah. Sungguh lemah. Hingga akhirnya dia kembali sakit. Ibu ayahnya menangis dek melihat dirinya yang terlantar kesakitan. Sudah banyak mana doktor yang dicari, namun tiada penawar yang ditemui. Pelajarannya juga merosot sama sekali. Dia menangis sendiri dek melihat airmata ibu ayahnya berjuraian lagi. Dia cuba bangkit. Bangkit daripada terus menjadi hamba kepada cinta yang tidak pasti! Arghh! Kekecewaan ini perlu diubati! Andai rebah kerana cinta manusia, bangkitlah demi cinta Allah! Terkadang, cinta manusia itu menyakitkan! Namun, cinta Allah itu tidak pernah mengecewakan, malah mengasyikkan. Sedikit demi sedikit, dia cuba untuk bangkit berdiri. Mula-mula dia tersungkur lagi. Namun Allah itu Maha Mengasihi dan Maha Menyayangi. DIA membantunya untuk berdiri. 

Didakap dirinya dalam cinta-NYA. Dibelai jiwanya dengan ayat-ayat cinta-NYA. Diusap dirinya dengan pujukan-pujukan dari-NYA. Akhirnya dia harus akui. Cinta-NYA memang mengasyikkan. Perlahan-lahan, dia menerima hidayah dan cinta Ilahi dengan dada yang lapang. Dia cuba mencari. Mencari dirinya yang telah lama hilang. Akhirnya dia bermuhasabah diri. Untuk apa sebenarnya dia diciptakan di bumi ini? Apa tanggungjawabnya di sini? Mengapa dia diberikan ujian yang tidak pernah berkesudahan dan tidak pernah menyepi? Akhirnya dia temui jawapan. Jawapan yang sangat pasti dari DIA Sang Ilahi.

''Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku..''-(Adz Dzriyat;56)

Firman Allah SWT:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَة[3]ً
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلاَئِفَ الأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ[4]
Maksudnya:
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)

Mengalir airmatanya tatkala pujukan demi pujukan Ilahi meyapa dirinya. Betapa berdosanya dia selama ini. Betapa alpanya dirinya selama ini. Betapa jahilnya dirinya selama ini. Akhirnya dia sedar. Kali ini dia nekad! Dia tidak mahu kembali ke masa lalu! Dengan kalimah Allah S.W.T, dia melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Melangkah dan terus melangkah. Kadangkala, langkahnya hampir tersungkur jua dek ujian yang terus-terusan melanda dan menguji keimanan serta cintanya terhadap Tuhannya. Namun, demi meraih cinta-NYA dia rela! Dia rela menempuhi segala mehnah ujian yang penuh ranjau dan onak berduri. Dia memujuk hatinya dengan cinta Ilahi. Tidak mahu dia akui tewas. Biar menggunung badai menghempas. Tidak mahu dia terus-terusan menangis. Lantaran pujukan-NYA terlalu manis.

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman."-(Ali-Imran;139)

Langkah demi langkah cuba dia atur. Berkali-kali dia tersungkur. Langkahnya juga tempang. Namun, dia cuba untuk tidak mengalah demi meraih cinta Al-Rahman! Kini dari seorang yang jahil, dia cuba mencari ilmu hanya kerana-NYA. Dia cuba mencari DIA melalui ayat-ayat cinta-NYA. Apa? Itulah dia Al-Quran Nul-Karim. 

Dia kini bercita-cita untuk mejadi Hamilatul Quran. Dia sedar. Amanah itu payah. Susah. Nama pun amanah. Amanah apa yang tidak susah? Amanah apa yang tidak payah? Namun, demi meraih cinta-NYA, apa pun sanggup dihadapinya. Kini, daripada seorang perempuan, dia cuba untuk menjadi muslimah. Kalau dahulu, bajunya ketat, kini dia longgarkan demi syariat. Kalau dahulu tudungnya singkat, kini dia cuba untuk berniqab. Kalau dahulu, dia selalu keluar rumah tanpa arah, kini hidupnya hanya sujud kepada Allah. Dia tidak punya apa-apa lagi. Segala-galanya sudah dia tinggalkan. Hidupnya dulu penuh kepalsuan. Penuh dengan lakonan. Penuh dengan sandiwara yang tiada berkesudahan. Namun, setelah lamaran cinta-NYA dia terima, Subhanallah, hanya DIA Yang Maha Mengetahui betapa dirinya bersyukur dan sujud pada Ilahi. 

Indah saat cinta-NYA menyapa diri. Dia tidak perlukan cinta manusiawi. Cukuplah cinta-NYA yang sudah subur dalam diri. Kalau dulu airmatanya jatuh kerana cinta yang tidak pasti, kini airmatanya jatuh kerana dia menginsafi diri. Kalau dulu dirinya memikirkan jodoh yang akan ke mari, kini dirinya resah memikirkan kematian yang semakin menghampiri. Kalau dahulu dia tidak ambil peduli tentang dosa yang membelenggu diri, kini dia menangis di sejadah demi meraih keampunan Ilahi. Cukuplah! Dia sudah tidak mahu hidup jauh dari-NYA. Dia sudah tidak mahu bergelumang dengan dosa. Dosanya yang dulu sudah cukup banyak! Tidak tertanggung rasanya. 

Dia sedar kini. Dia akan mati. Dunia itu hanya persinggahan. Yang kekal abadi hanyalah Hari Kemudian. Ya. Dia akan mati dan akan dibangkitkan. Dia akan dihisab dan diberi ganjaran. Ke mana akhirnya arah tujuannya? Syurga? Atau neraka? Dia tidak tahu. Sungguh dia tidak tahu. Yang dia tahu kini dia hanya mampu mengemis secebis kasih dari Ilahi. Dia hanya mampu sujud dan menangis di sejadah cinta Al-Rahim. Dia hanya mampu berdoa agar dia istiqomah dalam perjuangan ini. Perjuangan dalam menentang nafsu dalam dunia yang penuh lakonan dan ranjau berduri. Andai goyah imannya, maka lemaslah dia dalam dakapan dunia. Andai dia berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah -NYA, Insya-Allah dia akan selamat.
Dia perlu dibimbing. Dan bimbingan yang hakiki adalah DIA, Rabbi.

Cuba renung dalam diri. Apakah dirimu sudah cukup bersedia untuk mati? Apakah dirimu sudah cukup mencintai Ilahi? Aku tahu. Sakit rasanya berpisah dengan kekasih. Namun, yakinlah. Lagi sakit sekiranya cinta-NYA tidak kau peroleh. Yang mana satu pilihanmu? Mahu kehilangan dia atau mahu kehilangan DIA?
Mahu tinggalkan dunia, atau mahu timbanganmu diakhirat diberatkan-NYA? Tepuk dada. 

Pejamkan mata. Biarkan imanmu berkata-kata. Biarkan kesoleh dan kesolehanmu berbicara. Aku tahu. Cinta itu fitrah. Dunia itu indah. Tapi, yakinlah. Cinta-NYA itu juga fitrah. Fitrah yang sangat indah. Dan syurga itu sudah pastinya indah. Sangat indah hingga suatu saat nanti, dirimu akan menyesal di atas apa yang telah kau lakukan. Aku tidak mampu untuk membuat pilihan untukmu. Hanya mampu menyeru dan berdoa. Selebihnya itu hakmu. Biarkan imanmu berbicara. Bisukan nafsumu buat seketika. Aku hanyalah hamba. DIA Yang Maha Kuasa. 

Moga kisah penghijrahan dia, mampu memberikan dirimu sedikit rasa. Rasa untuk mengenali siapa DIA Yang Maha Berkuasa. Semoga aku, kamu, dia dan mereka sentiasa dalam rahmat dan cinta-NYA. 

Jika cinta-NYA menyapa, aku mohon, jangan menolak lamaran-NYA. Kerana sesungguhnya begitu indah berada dalam pelukan cinta-NYA.

*Artikel ini sumbangan daripada Hurun Ain, Terima kasih diucapkan diatas perkongsian yang cukup bermanfaat ini. 

Sabtu, 29 Desember 2012

Zina Ku Bermula di Facebook



Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….

Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.

Malunya aku, Rabb…
“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!” Kali ini telingaku bicara.

Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. Dia memanggil aku ‘sayang’, aku pun sama…

Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.

Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Dia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.

Allah… Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.

Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.

Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan, jangan lupa tekan butang LIKE n SHARE.

Jumat, 28 Desember 2012

Kisah Isteri Memandikan Jenazah Suaminya


Pada Suatu Hari....

Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..

dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku" membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Ya Allah...
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

Selasa, 11 Desember 2012

Bacaan Doa sebelum dan Selepas Tidur


Kita Sebagai seorang manusia pasti akan tidur kan? dan kita juga sebagai seorang muslim perlu lah baca doa sebelum tidur dan selepas bangun tidur sebagai tanda syukur kita kepada Allah S.W.T yang masih memberikan nyawa untuk kita teruskan perjalan hidup di muka bumi ini. Walaupun doa ini pendek dan mudah namu masih ramai yang tidak mengamalkannya. Marilah kita semua jadikan ini sebagai amalan harian kita. :)

Doa Sebelum Tidur

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Maksudnya : Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Doa Selepas bagun dari Tidur


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur..
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

Minggu, 09 Desember 2012

12 Tips Malam Pertama dalam Islam


Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.

Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :


Kebenaran niat

Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)


Berhias dan mempercantik diri.

Hendaknya seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.

Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhiaskan dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt : 
“ Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS. Al Baqoroh : 228)
Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.


Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya

Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata, ” Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata,”Maka aku menegurnya. ” Dan aku katakan kepadanya, ” Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw. ” Asma berkata, ” Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit. ”


Mendoakan isterinya.

Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw, ” Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkahan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih — Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.. ”

Melaksanakan solat dua rakaat

Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya) dan berdoa, ” Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”


Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana - Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami - sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya. ”

Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya, ” Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya. 


Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama

Apabila seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata, ” Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu. ”

Didalam sebuah riwayat, ” Seperti wudhu hendak solat. ” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,” Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”

Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih. ”

Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,” Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di dalam sebuah riwayat,” Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah. ”

Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw, ” Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau. ”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi. ”

Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau bertayammum. ”


Mandi berduaan

Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan, ” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata, ” Mereka berdua dalam keadaan junub. ”

Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.
Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap istri atau budakmu. ” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.


Bersenda gurau dengan isteri

Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw : ”Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu. ” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau akan bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”

Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.

Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata, ” Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ” Ini sebagai dalil bahwa mencium istri tidaklah membatalkan wudhu.


Dibolehkan ‘Azal

Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, ” Kami melakukan ‘azal sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, ” Kami melakukan ‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya. ”

Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”

Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..

Mengunjungi kerabat pada pagi harinya


Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..


Berdasarkan hadith Anas berkata, ” Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.”

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan....

Sabtu, 01 Desember 2012

Mana yang patut Dimalukan?



- Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
- Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

- Malu kerana tiada kekasih,
- Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

- Malu kerana dikatakan alim,
- Atau malu kerana dikatakan teruk?

- Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
- Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

- Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
- Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

- Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
- Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

MALU itu perlu..
tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya.. jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR.

MANA YANG PATUT DIMALUKAN?

Kamis, 15 November 2012

Romantik Gaya Saidina Umar Al Khattab



Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. 

Dia pun memarahi isterinya kerana 'kuat' membebel. Sehingga lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya memang seorang 'kaki bebel'. Memandangkan keadaan rumahtangganya semakin parah, si suami sudah tidak tahan dengan perangai isterinya, dia-pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Menurutnya, "Kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku".

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Si suami tadi menjawab, "Aku sebenarnya datang hendak mengadu hal isteri aku yang kuat membebel, tetapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu".

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku dan rumah tangga. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku".

Itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia setelah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangga. Diam Umar adalah diam tanda sayang, paling-paling Umar hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya itu. Itulah romantik cara Saidina Umar. 

Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bebelan tanggungjawab dan keprihatinan, bukannya marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap menderhaka kepada suami.

Rabu, 14 November 2012

Muhasabah Maal Hijrah



Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....

-iluvislam

Sabtu, 30 Juni 2012

10 Amalan Terbalik Masyarakat Melayu



Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal tanpa kita sedari ialah....

1) Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2) Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3) Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4) Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5) Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6) Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7) Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8) Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9) Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10) Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Sebagai renungan bersama...semoga bermanfaat..

gempak.org
FB...

Jumat, 29 Juni 2012

15 Pintu Syaitan, 15 Senjata penghalang, dan rumah yang tidak dimasuki Syaitan



‎15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- Pintu marah
- Cinta dunia
- Keengganan menghadiri majlis ilmu
- Panjang angan-angan
- Rakus
- Bakhil
- Suka pada pujian
- Riak
- Uujub (merasa kagum)
- Takut dan gelisah
- Buruk sangka
- Memandang rendah pada orang lain
- Merasa suka pada dosa
- Merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- Putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan bezikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- Menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surh Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir(ahli rumah menegakkan solat)
- Panghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa.

10 Cara membahagiakan ibu bapa anda



Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1) Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2) Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3) Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
4) Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri. Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5) Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah? Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6) Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7) Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


8) Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa. Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9) Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya. 

10) Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.  

Sepemergian mereka hanya doa dari anak-anak yang soleh dan solehah yang mengiringi mereka....

loveloveislam.com

Rabu, 27 Juni 2012

Cara Berdoa dengan Betul


Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
  
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.






Doa senjata orang mukmim, berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:
 
1) Angkat tangan ke paras dada

2) Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3) “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . titik ba terletak di hati kita. kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.

4) Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

5) Ssepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw

6) Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya

7) Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

wallahu’alam……..

* Artikel dirujuk dari penulisan Ustaz Abdullah Mahmud - Perkongsian drp Oh Islam

Jumat, 22 Juni 2012

Kisah Wajah Mayat Bertukar jadi Keldai



Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi.

“Hai saudara,” tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. “Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja.”

Wajah mayat bertukar jadi himar

“Saya ada alasan tersendiri,” jawab pemuda itu. “Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang ramai tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?

“Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, “Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?”

“Maka saya menjawab, “Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?”

“Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama.

“Engkau siapa?” tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu.
“Saya yang terpilih (Muhammad).”
“Saya lantas memegang jarinya dan berkata, “Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh berlaku?”

Rahsia selawat 100 kali

“Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat.

“Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu.”
(Dipetik Dari Buku 60 Kisah Bertemu Rasulullah s.a.w)

Gambaran Himar (Keldai) Dalam Al-Quran

Himar atau keldai adalah binatang yang sering menjadi gambaran sebuah kedunguan. Di dunia Arab, binatang ini adalah binatang yang paling rendah di mata mereka. Untuk itulah al-Qur’an pun ketika menyebut himar untuk perumpamaan sesuatu, itu berarti sesuatu tersebut adalah merupakan hal yang sangat rendah dan hina.

Seperti ketika al-Qur’an mengabadikan nasihat Luqman. Di akhir dari nasihat tersebut, Luqman menyampaikan kepada anaknya agar bersuara yang baik,

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. (Luqman 31:19)

Begitu pula ayat yang akan kita renungi berikut ini

“(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Al-Jumu’ah 62:5)
Ayat ini menyindir,memerli,menghina dan mencerca orang-orang Yahudi yang diberikan Allah Kitab Taurat tetapi tidak mengamalkannya. Mereka seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal di punggungnya tetapi tidak mengerti sama sekali isi kitab-kitab tersebut dan tidak mengambil manfaat sama sekali. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu.

Imam Ibnu Katsir menjelaskan, “Allah ta’ala berfirman menyebutkan keburukan Yahudi yang diberikan kepada mereka Taurat untuk diamalkan tetapi mereka tidak mengamalkannya. Perumpamaan mereka seperti himar (keldai) yang membawa kitab-kitab tebal….mereka lebih buruk keadaannya daripada himar. Kerana himar tidak mempunyai pemahaman sementara mereka boleh memahami tetapi tidak mengamalkannya.” (Tafsir Ibnu Katsir 8/117, MS)

Ayat ini disampaikan kepada umat Muhammad SAW agar menjadi pelajaran bahwa generasi umat ini tidak boleh seperti generasi himar Yahudi. Generasi yang mempunyai ilmu, wawasan, pengetahuan tentang baik dan buruk bahkan mereka memahami ilmu itu dengan baik, tetapi ilmu tersebut tidak bermanfaat bagi mereka. Mereka faham bahawa kebaikan harus dilakukan, tetapi tidak mereka lakukan. Mereka pun faham bahwa keburukan dan kejahatan harus dijauhi, tetapi tetap keburukan merupakan sebahagian yang tidak terpisahkan dari kehidupannya.

Allah telah memberikan petunjuk-Nya kepada kita agar generasi ini tidak menjadi generasi keldai. Penjelasan itu ada dalam rangkaian ayat-ayat dalam Surat al-Jumu’ah tersebut. Berikut ayat yang menjelaskan langkah generasi ini agar keluar dari rimba kesesatan.

“Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Al-Jumu’ah 62:2)

Dalam ayat tersebut dijelaskan tugas Rasulullah Muhammad SAW dalam melahirkan generasi sahabat yang luar biasa itu. Ada tiga tugas:

(1) Membacakan ayat-ayat Allah
(2) Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa)
(3) mengajarkan Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)

Ternyata pengajaran ilmu Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) diakhirkan setelah Tazkiyatun Nafs. Mengapa?

Kerana jiwa ini ibarat sebuah wadah/tempat. Jika wadahnya masih kotor, sejernih apapun ilmu yang dituangkan tetap akan terlihat keruh dan tidak bermanfaat. Akhirnya lahirlah keldai seperti yang disebutkan ayat diatas. Ilmu banyak tetapi tidak teraplikasikan dalam amal.

Maka, Nabi ditugaskan untuk menyucikan jiwa barulah mengajarkan Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Agar jiwa wadahnya bersih saat ilmu dituangkan dan diserap didalam diri. Sehingga menjadi ilmu yang bermanfaat dalam beramal.
Wallahu’alam….

Hukum Akad Nikah Menerusi Video Conference



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa para fuqaha’ bersepakat mensyaratkan bahawa bagi memastikan sesuatu akad nikah itu sah, ia hendaklah dilakukan dalam satu majlis (ittihad al-majlis) supaya semuanya terlibat secara langsung semasa pelaksanaan ijab dan qabul.

Sehubungan itu, memandangkan akad nikah menerusi sidang video telah memenuhi syarat Ittihad al-Majlis kerana ia dikelaskan sebagai Ittihad al-Majazi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat seperti yang berikut :


  1. Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin bukan al-zhan.
  2. Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.
  3. Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak.
  4. Digalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkan pasangan.
  5. Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya.
  6. Tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang berkuatkuasa.
sumber : myibrah.com


Selasa, 19 Juni 2012

Rahsia Amalan menjadi Wanita Solehah



Memang semua wanita bercita-cita untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini ustazah tuliskan serba sedikit tips atau ciri-ciri yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.

Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2-cita menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

Senin, 18 Juni 2012

15 Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai


Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

01) Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

02) Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

03) Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

04) Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

05) Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

06) Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

07) Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

08) Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

09) Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10) Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11) Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12) Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13) Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14) Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15) Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com