Tampilkan postingan dengan label wanita solehah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label wanita solehah. Tampilkan semua postingan

Minggu, 03 Februari 2013

Betul Ke Wanita Dicipta Dari Tulang Rusuk Lelaki?



Betul Ke Wanita Dicipta Dari Tulang Rusuk Lelaki?. Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, Nabi berkata, “Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)“.

Adakah ayat ini bermaksud bahawa wanita secara umumnya dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk lelaki? Sebenarnya, di dalam A-Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal dari nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali nabi Adam yang berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah Al-Haj ayat 5 Allah menjelaskan “Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu dari tanah , dan kemudian daripada nutfah.”

Oleh kerana kenyataan Al-Quran berhubung dengan kejadian manusia begitu jelas sekali, hadis tidak dapat mencanggahinya. Jesteru hadis ini, yang menyatakan wanita berasal dari tulang rusuk lelaki, tidak dapat ditafsirkan dari bentuk yang mencanggahi Al-Quran. Sebenarnya, fokus hadis ini bukannya berkenaan asal-usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Jesteru, di dalam kitab Riadus Solihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’.

Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. 

Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.

Berbalik kepada isu berkaitan kejadian kaum hawa daripada tulang rusuk kaum lelaki, sebahagian ulama berpendapat hadis ini membicarakan berkenaan hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, hawa berasal daripada tulang rusuk Adam. Antara ulama yang berpegang dengan pandangan ini ialah sahabat Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibnu Al-Munzir, Ibnu Humaid dan ramai lagi. Namun, apabila Al-Quran dirujuk mengenai perkara ini, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini. 

Sebagai contoh, berhubung dengan kejadian Hawa, dalam surah An-Nisa’ ayat 1 Allah menjelaskan dengan bermaksud, “Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang mencipta kamu dari diri yang satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam.

Sebenarnya, Al-Quran lebih mementingkan supaya kualiti dan maruah wanita dipelihara dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Dalam islam wanita dan lelaki adalah sama di sisi Allah sebagai hamba-hamba Allah. Sekiranya seorang wanita beriman dan beramal soleh dia diberi ganjaran yang tinggi dan diletakkan di tempat yang tinggi. 

Dalam surah Al-Imran ayat 195, Allah menyatakan yang bermaksud, “Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu baik dia lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain.”

Tambahan daripada itu, Allah tidak pernah menghina ataupun memuliakan makhluk-makhluknya berdasarkan jantinanya. Sebaliknya kemuliaan seseorang adalah berdasarkan ketakwaannya. Berhubung dengan ini, dalam surah Al-Hujurat ayat 13 Allah menjelaskan, “Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa antara kamu,” Hal ini adalah utama untuk difahami dan dihayati.

Wallahualam..

Sabtu, 02 Februari 2013

Jangan Perlekehkan Keupayaan Wanita



Keupayaan wanita sebagai pekerja dan pemimpin sering diperdebatkan. Ketika masyarakat dunia semakin mengiktiraf sumbangan wanita, masih ada pihak menggunakan hukum agama untuk melarang wanita menjadi pekerja dan pemimpin. 

Keraguan terhadap kemampuan wanita lahir berdasarkan tabii wanita yang sifatnya lemah dan lembut, emosional serta mudah dipengaruhi. Justeru, wanita dianggap tidak sesuai menjadi pemimpin kerana pemimpin mesti memiliki perwatakan tegas, tetap pendirian dan kuat fizikal.

Wanita dikatakan tidak mempunyai keupayaan yang kuat. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya.” (Riwayat Muslim)

Sejarah mencatatkan wanita dikategorikan sebagai masyarakat kelas kedua dalam kebanyakan masyarakat kuno. Wanita tidak dianggap penting dalam masyarakat, tugas mereka hanya sebagai isteri dan ibu. Urusan hidup dan untung nasib wanita ditentukan lelaki sepenuhnya. 

Malah dalam masyarakat tertentu, wanita dianggap pembawa sial dan bala. Justeru, wanita tertentu perlu dijauhi, mereka dijadikan korban kepada pelbagai acara karut. Wanita diletakkan lebih hina daripada binatang buas. 

Islam angkat kedudukan wanita

Kedatangan Islam mengubah kedudukan wanita. Islam mengangkat wanita pada kedudukan sebaik-baiknya. Wanita tidak dibezakan daripada lelaki, melainkan dari segi jantina dan peranan bersesuaian dengan kejadiannya.

Perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT: “Sesiapa yang beramal soleh, sama ada lelaki dan perempuan, sedang dia beriman, sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97) 

Jelas hak wanita sama dengan lelaki. Mereka dibenarkan melakukan apa saja selagi tidak melanggar peraturan ditetapkan agama. Sesungguhnya hal sama juga dikenakan kepada lelaki. Hidup manusia dibatasi dengan hukum dan peraturan selaras kedudukan sebagai khalifah. 

Golongan anti wanita cuba sedaya upaya menggunakan fakta lemah dan hadis palsu sebagai dalil dakwaan mereka. 

Antara hadis palsu yang tersebar luas: “Mintalah pendapat wanita dan lakukan sebaliknya.” Satu lagi hadis palsu: “Wanita itu keseluruhannya jahat, dan kejahatan yang paling besar ialah kaum lelaki tidak dapat melakukan kejahatan tanpa mereka (wanita).” 

Guna hadis palsu

Kedua-dua hadis palsu itu membayangkan wanita tidak bijak dan hanya mendatangkan keburukan. Bahkan, wanita dianggap tidak wajar diajar apa-apapun. Untuk menyokong alasan itu maka digunakan hadis palsu: “Jangan ajarkan wanita bagaimana membaca dan menulis kerana mereka akan menggunakan ilmu itu untuk melakukan sihir.” 

Sesiapa yang terbuka fikirannya tentu dengan mudah dapat mematahkan hadis palsu itu. Perhatikan pertentangan dengan hadis sahih yang bermaksud: “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan.” (Riwayat Muslim) 

Allah SWT memerintahkan manusia membaca dan sumber ilmu terbesar adalah daripada al-Quran. Dalam dunia moden hari ini kemahiran membaca dan penguasaan ilmu penting untuk kehidupan yang sempurna. 

Firman Allah SWT: “Bacalah atas nama Tuhanmu yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah, Tuhanmu itu Maha Pemurah yang mengajarkan dengan pena pengetahuan yang manusia belum ketahui.” (Surah al-Alaq, ayat 1-5) 

Negara kita masih kekurangan tenaga manusia untuk membangunkan negara. Sumbangan wanita dalam pekerjaan dan kepemimpinan amat penting. Tenaga wanita memberi sumbangan bermakna kepada kejayaan dan kemakmuran negara. 

Satu kerugian jika wanita dihalang daripada bekerja dan memimpin. Lelaki dan wanita perlu bersatu menyumbang tenaga untuk kesejahteraan ummah. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyekat kebebasan berdasarkan jantina. 

Firman Allah SWT: “Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, sama ada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, mereka akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiayai (atau dikurangkan balasannya) sedikit pun.” (Surah an-Nisa, ayat 124)

Jumat, 01 Februari 2013

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis


  1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

  2. Wanita yang salehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang saleh.

  3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah. Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

  4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw di dalam surga).

  5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

  6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

  7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah surga.

  8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

  9. Daripada Aisyah r.a. berkata, "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

  11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga salat dan puasanya.

  12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dikehendaki.

  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam surga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Rabu, 30 Januari 2013

Aku Bukan Rabiatul Adawiyah



Dia merenung ke dada langit. Bayu yang semilir menampar lembut pipi mulusnya. Dia memejamkan mata, cuba untuk merasai bayu ciptaan Tuhan. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Hembusan bayu di pantai itu sungguh mendamaikan qalbu. Apatah lagi qalbu yang kini sedang menyepi. 

Matanya terarah ke hadapan. Laut membiru terbentang luas di hadapannya. Deruan ombak yang beralun mengusik hati dan jiwanya. Jiwanya bergolak. Akalanya berselirat. Hatinya berkecamuk. Banyak persoalan yang bermain di mindanya. Ada sesuatu yang membelenggu hati dan fikirannya. Dia berjalan ke arah laut yang terbentang luas. Tidak menghiraukan andai sarung kaki miliknya basah dek terkena air laut yang masin itu. Jubah miliknya diangkat sedikit. 

Sejuk. Itu yang dia rasakan. Tatkala ini tiba-tiba sahaja pipinya hangat. Ya, hangat dek airmata yang membasahi pipinya. Dia membiarkan. Dia melihat keadaan sekeliling. Masing-masing sibuk dengan diri masing-masing. Ada yang bergelak ketawa. Ada juga yang sedang melayani jiwa sepertinya. Anak-anak kecil sibuk berlari ke sana ke mari. Dia tersenyum. Tersenyum dalam tangisan yang menghibakan. 

''Mereka masih kecil,'' bisik hatinya. ''Mereka masih belum tahu erti hidup. Masih belum mengerti bagaimana untuk bernafas dalam jiwa hamba,'' hatinya bermonolog lagi. 

Untuk kesekian kali, dia memejamkan matanya lagi. Kali ini airmata yang mengalir di tubir matanya makin laju mengalir. Mengalir tanpa henti. 

''Ya Allah, berdosakah aku merindui hamba-Mu itu?''
Kali ini airmata miliknya jatuh ke dalam air laut yang masin, bergabung menjadikan lautan itu seakan sebati dengan dirinya yang kian berduka lara.

****
''Wardah, kamu ke mana?'' Umi bertanya lembut. Dia cuba tersenyum untuk uminya. Dia mendekati uminya yang sibuk menyimpan buku-buku miliknya. Uminya ini rajin sungguh. Padahal, bukannya dia tidak boleh melakukan itu semua sendiri. 

''Umi, tak payah lah simpan. Nanti Wardah simpan,'' Dia menarik uminya lembut. Uminya tersenyum. Namun, senyumannya serta-merta mati. Dibelek wajah satu-satunya puterinya itu. Naluri ibu mengatakan, ada sesuatu yang tidak kena. 

''Wardah, kamu menangis?'' Uminya menyentuh pipi mulusnya. Dia menggeleng. Berusaha untuk menidakkan. ''Eh? Mana ada umi. Tadi kan Wardah pergi pantai. Lepas tuh, biasalah ada angin kan. Tuh yang pasir masuk tuh,''

Menangis hatinya kerana 'terpaksa' menipu uminya. Jika dia tidak lakukan begini, uminya akan susah hati. 
Tiba-tiba sahaja uminya memeluk dirinya. Kini, dia tidak dapat menahan lagi benteng airmatanya. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini dia begitu sensitif. Sangat-sangat sensitif. ''Umi tahu puteri umi sedang berduka. Umi tahu puteri umi sedang mencipta alasan. Moga Allah memberimu kekuatan nak,'' Itu doa seorang ibu dalam hatinya.

****
Malam itu, dia berkesempatan untuk menunaikan solat Isyak berjemaah bersama orang ramai di kampungnya. Maklumlah, sejak dia diterima belajar di Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dia tidak berkesempatan untuk solat berjemaah bersama orang di kampungnya.

Dia menggeliatkan tubuhnya. Usai menghafaz surah Al-Mulk, dia mengulang-ulang bacaannya. Dia impikan dirinya menjadi 'Hamilatul Quran' sesuai dengan keinginan walid dan uminya. Usai mengulang-ulang. Dia berpuas hati dengan bacaan dan hafazannya. Esok dia harus tasmik dengan abang sepupu yang dikasihinya. Maklulmah, dia hafaz sendiri-sendiri. Dia juga sedang cuba mengusahakan seorang guru di universitinya. Tahun depan, entah dengan siapa dia mahu tasmik. Abang sepupu yang dikasihinya itu sudah mahu 'terbang' ke Mesir. Tempat di mana dia ingin pergi suatu hari nanti.

Dia membuka 'lappy' kesayangannya. Pemberian walidnya waktu dia mendapat 5A dalam UPSR. Kini usianya sudah 19 tahun. Sudah 7 tahun usia 'lappy' nya itu. Dengan lafaz bismillah dia membuka harta kesayangannya. Entah mengapa, malam ini dia mahu berkarya. Biasalah, bila dia dirundung keresahan, dia akan terus solat dan baca Al-Quran. Setelah itu, dia akan 'menulis'. Menghuraikan dan menyimpulkan maksud di jiwa melalui tintanya di blog. Dia masih ingat pesan umi sewaktu dia mula-mula menulis.

''Wardah, menulis harus dengan hati. Dengan iman. Bukan sekadar bisunya bicara kalam. Harus ada 'roh'. Perlu ada 'cinta'. Barulah dapat menyentuh hati dan jiwa seseorang. Tidak ramai yang tahu menulis dengan hati dengan iman. Tajdid niat sentiasa. Menulis kerana-NYA.''

Itulah bait-bait kalimah dari seorang umi yang sangat-sangat dia kasihi sewaktu dia memberitahu dia ingin menjadi seorang penulis. Dia ingin memberi manfaat kepada orang lain. Sebenarnya, dia menulis untuk menegur dirinya sendiri pada asalnya. Namun apabila membaca satu hadis, segalanya berubah.

Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda maksudnya :
''Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain,''
(Riwayat Al-Baihaqi)
Kini dia lebih terdorong untuk menulis. Menulis untuk memberi peringatan pada dirinya dan juga pada orang lain. Setakat ini, dia masih tidak mampu untuk menyeru secara lisan, sebab itu dia cuba memberi dan menyeru secara penulisan. Menulis sedikit sebanyak membantunya mencari kelemahan dan kekuatan. Menulis juga banyak membantunya dalam melakukan perubahan secara perlahan-lahan.

Jari-jemarinya mula rancak menari di atas papan kekunci. Anak matanya bergerak-gerak. Dahinya kadang-kadang dikerutkan tanda dia sedang berfikir. Akhirnya, perkongsian dari hati itu selamat diterbitkan. 

''Alhamdulillah,'' Ada senyuman yang terukir di bibirnya. 

Usai menulis, dia bergerak ke arah beranda di biliknya. Bintang-bintang di langit mencerahkan keadaan di bumi. Dia tersenyum sendiri. Namun, senyumannya tidak lama. Tiba-tiba sahaja senyumannya mati. Perasaannya berperang lagi. Ingatannya kembali pada seseorang yang sering mengusik hatinya. Puas dia menidakkan. Puas juga dia menghalang. 

Namun, hati dan akalnya sering mengiyakan. Dia tidak dapat menafikan, kadangkala sedang dia bersendirian, rindu itu bertamu juga di hatinya. Dia bimbang, bimbang hatinya dimasuki virus dari syaitan. Dia beristighfar. Tidak mahu melayani perasaan. Bukan dia cuba menidakkan fitrah Allah kurniakan, namun dia tidak mahu terus-terusan hanyut dalam perasaan. 

Banyak lagi yang perlu dia fikirkan. Hamparan perjalanannya masih panjang, bahkan terlalu panjang. Banyak impian yang dia hajatkan. Dia tahu selama-lamanya dia tidak akan mampu menjadi seperti serikandi Islam yang bergelar Rabiatul Adawiyah itu. Cinta-NYA pada Rabbi begitu tulus dan telus! Sedangkan dirinya??!!
Dia menangis lagi. Kali ini teresak-esak dia menangis. 

Dia juga ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah yang cintanya terhadap Illahnya tidak pernah berbelah bahagi dan terbagi. Dia ingin mencintai Tuhannya sehingga tiada ruang untuk dia mencintai dunia. Namun, dia seringkali tersungkur. Dia masih bertatih untuk menjadi seorang muslimah yang solehah dan mukminah. Dia juga baru berhijrah. Baru mengenal erti dan cara bagaimana untuk bernafas dalam jiwa hamba. Sungguh! Dia tidak mahu kembali ke masa lalu. Wardatul Jannah yang dulu sudah mati! Yang tinggal kini adalah Wardatul Jannah yang baru. 

Wardatul Jannah yang sudah mula mengenali siapa Tuhannya, siapa rasulnya dan untuk apa dia diciptakan. Wardatul Jannah yang hidup kini adalah Wardatul Jannah yang ingin menjadi Khairatun Hisan di syurga gelak. Kendatipun dia tahu, dia sungguh tidak layak untuk cinta-NYA apatah lagi jannah-NYA! Terduduk dirinya menangisi setiap dosa dan noda yang telah dia lakukan untuk masa silamnya. Berkali-kali dia beristighfar memohon kemapunan Ilahi. Saat seluruh alam mencemuhnya, DIA memujuknya dengan ayat-ayat cinta-NYA. 

Dia tahu. Dia bakal berhadapan dengan pelbagai cemuhan di dunia ini. Sama ada dia baik atau tidak, manusia akan terus-terusan menilainya. Dia tahu dan dia sedar! Namun, dia seringkali memujuk hatinya. Kalau ingin berubah kerana-NYA, untuk apa gentar pada manusia? Kau siapa? Aku siapa? Dia siapa? Mereka siapa? Argh! Kita semua sama! Kita hanyalah hamba-NYA! Hamba yang lemah dan tidak akan lepas daripada melakukan dosa dan noda! Kita bukan Nabi! Kita bukan Malaikat! Kita hanyalah hamba! Yang diciptakan untuk beribadah kepada-NYA! Kita kotor! Kita hina! Kita jijik! Asal penciptaan kita hanya dari setitis air mani yang hanyir. Itulah hakikatnya. Itulah kita. Lalu, mengapa kita seringkali berbalah dengan-NYA? Berbalah dengan hukum-NYA? DIA sudah mengatur cantik kehidupan kita. Mengapa kita serngkali memusuhi-NYA? 

Allah. Allah. Allah.
Dia menekan-nekan dadanya yang sakit. Sakit berperang dengan iman dan nafsu. Inilah jihad yang sebenar-benarnya. Jihad menentang hawa nafsu! Dalam hadis Jabir, sekumpulan sahabat pulang dari satu peperangan, lalu Rasulullah S.A.W bersabda :
Kamu pulang dari jihad kecil kepada jihad yg lebih besar, iaitu: Mujahadah seseorang hamba terhadap nafsunya.(HR: Dailami)
Nabi SAW bersabda :
“Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya” HR Tirmizi (no: 1621). Katanya: Hadis Hasan Sahih.
Dia tekad. Dia harus melawan dan menepis segala rasa rindu yang bertamu di hatinya. Rindu itu tidak halal baginya. Biarlah rindunya kepada kepada Yang Haq. Biarlah rindunya itu hanya kepada Allah, Rasul-NYA, dan keluarganya. Dia tidak mahu hanya kerana secebis rindu yang bertamu dalam hatinya, segala-galanya berantakan. Hafazan entah kemana, pelajaran entah kemana, hati entah kemana. Dia sedar, seandainya dia terlalu terbuai akan rindu yang bertamu, akan ada noda hitam di hatinya. 

Bagai ada sesuatu yang memegang erat hatinya. Argh! Biarkanlah yang fitrah itu bermujahadah dahulu! Yang penting amanah! Dia tidak mahu yang fitrah itu menjadi fitnah! Dia tidak mahu yang amanah itu akhirnya menjadi sampah! Tidak! Dia harus bangkit berjuang! Antara iman dan nafsu, dia berjuang untuk meraih mahkota cinta dari syurga. 

Sabarlah wahai hati. Seandainya dia jodohmu, pasti Allah akan mendekatkan hatinya dengan hatimu. Andainya tidak, Allah menyediakan seseorang yang lebih baik dan lebih layak untukmu. 

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)

Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta. Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redha-NYA atau hanya mengundang murka-NYA.

Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.

" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An Nuur: 32 )

Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah. Berdoalah. Berpuasalah.
Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya. ( Hadis )
Cukup cintai dia dalam diam. Bukan kerana membenci hadirnya, tetapi menjaga kesucinnya. Bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurga-NYA. Bukan kerana lemah untuk menghadapinya, tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup sanubarinya.
Cukup cintai dia dari kejauhan.

Kerana hadirnya tiada kan mampu menjauhkan dirinya dari ujian. Kerana hadirnya hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan. Kerana mungkin saja ia akan membawa kelalaian. Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan. Menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan. Maka cintailah dia dengan keikhlasan. Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati. Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi?

Pilihan Allah itu yang terbaik.
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan. Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan. Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan. Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan. Serahkan rasa yang tiada sanggup mengenepikan cinta Tuhan itu pada Yang Memberi dan Memilikinya. Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)

Aku memang bukan Rabiatul Adawiyah!

Namun....

Aku akan cuba setia dengan cinta Illah!

*Monolog diri dan hati yang masih mencari cinta Ilahi,cinta yang hakiki

p/s : Artikel Sumbangan Hurun Ain.

Minggu, 20 Januari 2013

Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah


Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah , 
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada ALLAH dan RASULULLAH...
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…
Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….

♥•YA ALLAH♥•
Tabahkan jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….

Mampukah aku menjadi wanita solehah??
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….

semoga kita semua (para akhwat) dapat terus berusaha tuk menjadi wanita sholeha, sebagaimana yang disebutkan bahwa “sebaik-baik perhiasan dunia adalah Wanita yang Sholeha”

Kamis, 17 Januari 2013

19 hadis rasulullah tentang wanita


  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

  12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

  16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

  19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
wallahua'lam...

Minggu, 06 Januari 2013

Aku Pendosa Tanpa Noktah



Aku menyebarkan perkara-perkara islamik juga ilmiah. Itu bukan bererti aku alim apa lagi ustazah. Aku tidak layak. Aku hanyalah hamba-NYA yang masih lagi bertatih melawan hawa nafsuku sendiri dalam mehnah yang penuh resah juga payah. Ya. Mujahadah itu susah kerana syurga itu indah. Berkali-kali aku tersungkur rebah. Berkali-kali juga aku berdarah. Terhumban, berhempas-pulas melawan nafsu amarah juga nafsu yang kian serakah. Aku pendosa tanpa noktah. 

Namun, aku berpegang pada kalimah Lahawlawalaquwwataillabillah, Lailahailallah, La ta'issu min rowhillah.

Hanya kepada DIA aku berserah.
Ku tahu dosaku menggunung tinggi.
Ku tahu dosaku seluas lautan di bumi.
Ku tahu dosaku tidak pernah menyepi.

Tapi,
Ku juga tahu cinta-NYA tidak pernah menyepi dan tidak pernah bertepi. Cinta-NYA selalu hadir dalam jiwa, hati dan diri ini. Walau sebesar mana dosaku, Walau setinggi mana lautan badai ujian menghempas diriku, DIA sentiasa bersamaku dan tidak pernah meninggalkanku. Berkali-kali aku istighfar. Berkali-kali juga aku kalah dek nafsu yang tegar.

Namun, 
DIA masih mencintaiku.
DIA memberi aku peluang untuk terus bernafas dalam jiwa hamba dan memohon keampunan dari-NYA.

Ya Rabbi!
Betapa hebat cinta-Mu Ya Allah! Hingga cinta lain hanya mampu menunduk dan membisu tatkala cinta-Mu menyapa diri yang berdosa ini! Sungguh. 

Aku lah pendosa tanpa noktah.
Yang seringkali rebah dan tersungkur dek nafsu yang serakah.

Namun,
Aku takkan pernah menyerah! Akan ku terus bermujahadah hingga aku dapat menggapai Mardhotillah! Biar apa pun cubaan mendatang, Akan ku terus perjuangkan demi cinta Al-Rahman. Selagi maut belum menjemput,  Selagi itu aku akan terus-terusan mengemis secebis cinta dari-Mu. Selagi itu juga aku akan terus-terusan memohon keampunan-Mu.Kerana aku tahu, akulah pendosa tanpa noktah itu.

*Artike sumbangan daripada Hurun Ain, Follow beliau di twitter @hurunurain

Senin, 31 Desember 2012

Kisah Penghijrahan Seorang Hamba


Gambar Hiasan

Bismillahirrahmanirrahim. 
Hamba Allah ini punya nama, namun biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan DIA. Andai dirimu mengenali dia, tidak mengapa. Ini kisah penghijrahannya. Kisah yang penuh dengan ranjau dan duri berbisa. Semoga sama-sama beroleh manfaatnya. 

Dulu dirinya sopan. Malu itulah perisai dirinya. Namun, lantaran dia tidak betah dengan godaan dunia, akhirnya dia tewas. Tewas dalam arus yang menghanyutkan. Hampir sahaja dia lemas. Ya. Hampir. Dia sebenarnya tahu hukum hakam agama. Dia faham. Dia arif. Namun, demi keseronokan yang sementara, dia sanggup membutakan matanya, Mentulikan telinganya dari segala hukum agama. Berkali-kali dinasihatkan, namun dia buat tidak endah. Berapa ramai yang cuba menegurnya. Berapa ramai yang cuba menasihatinya. Namun, apa yang mereka dapat? Hanya jelingan maut dan kata-kata yang kesat. 

Sehinggalah suatu saat, sedang dia leka dengan keseronokan dunia yang sementara, Allah mengujinya. Dia jatuh sakit. Sakit yang berpanjangan. Sakit yang tiada berkesudahan. Berulang-alik ke hospital mencari penawar. Apa yang dia peroleh? Tiada apa. Malah, doktor juga hampir berputus asa. Penyakitnya tidak dapat diketahui puncanya. 

Bukan itu sahaja. Dia juga diuji dengan fitnah yang mendatang. Fitnah yang disebarkan hingga akhirnya dia akui keagungan dan kekuasaan Al-Rahman. Dia akui dia tewas. Dia akui dia lemah. Di mana kawan-kawannya yang mengatakan mereka begitu setia dengannya dahulu? Di mana? Tidak ada! Bahkan yang dikatakan 'kawan' itulah yang mengkhianatinya. Dia tidak punya sesiapa waktu itu. Mujur sahaja ibu bapanya ada bersamanya. Waktu itu, dia merasakan dia begitu berdosa terhadap orang tuanya. Mana tidaknya? Dek kerana 'kawan', dia menjadi kurang ajar terhadap orang tuanya. Sanggup membelakangkan nasihat orang tuanya demi kawan yang menjadi penemannya. 

Waktu itu, dia cuba mengenali siapa Rabb nya. Ibu ayahnya tidak pernah berhenti daripada memberikan sokongan padanya. Dia akur pada kebesaran Ilahi. Dia tahu apa maknanya cinta sejati. Saat dia hampir mati, tiba-tiba Tuhan memberi nyawanya kembali. Sungguh! Dia bersyukur pada Ilahi! Bagaimana tidak? Saat kematian menghampiri, Allah memberikannya peluang untuk kembali bernafas di bumi! Waktu itu, dia berjanji. Tidak akan mempersiakan 'peluang kedua' yang diperoleh dari Rabbi. Namun, lumrah manusia. Janji hanya tinggal janji. Dia tidak pernah cuba untuk menepati.

Saat 'kawan-kawannya' kembali di sisi, dia alpa lagi. Dia leka lagi. Dia tewas lagi. Kali ini, dia cuba untuk bercinta. Ya. Bercinta dengan manusia yang cintanya tidak pasti. Sungguh. Waktu itu indah sekali. Bermesej. Ungkap kata-kata cinta. Terasa bahagia. Sering tersenyum. Ke mana-mana handphone setia di sisi. Dia solat. Dia baca Al-Quran. Namun, dia tidak bersedia untuk meninggalkan. Meninggalkan apa yang dia akui haram di sisi Islam. Ya. Dia tahu, hakikatnya 'couple' itu haram. Dia tahu, walaupun dia sering nasihat-menasihati bab agama, ia tetap salah! Mana ada istilah 'couple islamic'! Semua itu sebenarnya karut! Namun, imannya menidakkan! Nafsunya mengiyakan! Apa yang haram di halalkan! Waktu itu dia tidak kisah semua itu! Yang dia tahu, dia sayang lelaki itu. Sangat sayang. 

Kerana dia sedar, lelaki itu terlalu baik untuknya. Namun, hidayah Allah itu terus-terusan menyapa. Makin lama dia 'bercouple' makin dia rasakan, ada sesuatu yang tidak kena. Bagai ada sesuatu yang mencengkam hati dan jiwanya. Bagai ada sesuatu yang merotan qalbu dan atmanya. Dia tahu itu dosa! Dia tahu! Namun, dia tetap cuba membutakan matanya! Mentulikan telinganya! Arghhh! Dia tidak peduli semua itu! Tapi, Allah itu tetap sayangkan dirinya. Cinta-NYA terus-terusan menyapa hingga dirinya akur. Dia tidak mampu menolak cinta Ilahi yang mampir dalam hati dan jiwanya. Cinta Ilahi terus-terusan mengasaknya hingga dia tersungkur di sejadah cinta. Ya. Benar. Dia memang sayangkan lelaki itu. Namun, dia lagi sayangkan agamanya. Maruahnya. Rasulnya. Keluarganya. Dan yang lebih utama Illah nya. Dia sedar, dia tidak mampu menolak lamaran Tuhannya. Lamarannya begitu telus. Begitu tulus hingga dia terbuai-buai dalam dakapan cinta-NYA. Demi cinta-NYA pada Ilahi, dia sanggup melepaskan si lelaki itu pergi. Biarlah. Memang. Sakit hatinya saat perpisahan itu berlaku. Bagai disiat-siat dengan sesuatu. Sesuatu yang amat tajam, hingga hatinya dirobek dengan kejam. Namun, dia cuba. Cuba untuk mendamaikan hatinya dengan pujukan-pujukan dari-NYA. Berkali-kali dia tersungkur rebah. Berkali-kali dia luka berdarah. Hingga dia akhirnya lemah dan menyerah. Namun, Tuhannya memujuknya dengan kalimah ; La tai'ssu min rowhillah!

Lantas dia sedar! Dia punya Allah! Terus-terusan dia memujuk hatinya. Sudah banyak mana airmata yang mengalir di pipinya. Dia lemah. Sungguh lemah. Hingga akhirnya dia kembali sakit. Ibu ayahnya menangis dek melihat dirinya yang terlantar kesakitan. Sudah banyak mana doktor yang dicari, namun tiada penawar yang ditemui. Pelajarannya juga merosot sama sekali. Dia menangis sendiri dek melihat airmata ibu ayahnya berjuraian lagi. Dia cuba bangkit. Bangkit daripada terus menjadi hamba kepada cinta yang tidak pasti! Arghh! Kekecewaan ini perlu diubati! Andai rebah kerana cinta manusia, bangkitlah demi cinta Allah! Terkadang, cinta manusia itu menyakitkan! Namun, cinta Allah itu tidak pernah mengecewakan, malah mengasyikkan. Sedikit demi sedikit, dia cuba untuk bangkit berdiri. Mula-mula dia tersungkur lagi. Namun Allah itu Maha Mengasihi dan Maha Menyayangi. DIA membantunya untuk berdiri. 

Didakap dirinya dalam cinta-NYA. Dibelai jiwanya dengan ayat-ayat cinta-NYA. Diusap dirinya dengan pujukan-pujukan dari-NYA. Akhirnya dia harus akui. Cinta-NYA memang mengasyikkan. Perlahan-lahan, dia menerima hidayah dan cinta Ilahi dengan dada yang lapang. Dia cuba mencari. Mencari dirinya yang telah lama hilang. Akhirnya dia bermuhasabah diri. Untuk apa sebenarnya dia diciptakan di bumi ini? Apa tanggungjawabnya di sini? Mengapa dia diberikan ujian yang tidak pernah berkesudahan dan tidak pernah menyepi? Akhirnya dia temui jawapan. Jawapan yang sangat pasti dari DIA Sang Ilahi.

''Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku..''-(Adz Dzriyat;56)

Firman Allah SWT:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَة[3]ً
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلاَئِفَ الأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ[4]
Maksudnya:
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." ( al-Ankabut: 2 - 3)

Mengalir airmatanya tatkala pujukan demi pujukan Ilahi meyapa dirinya. Betapa berdosanya dia selama ini. Betapa alpanya dirinya selama ini. Betapa jahilnya dirinya selama ini. Akhirnya dia sedar. Kali ini dia nekad! Dia tidak mahu kembali ke masa lalu! Dengan kalimah Allah S.W.T, dia melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Melangkah dan terus melangkah. Kadangkala, langkahnya hampir tersungkur jua dek ujian yang terus-terusan melanda dan menguji keimanan serta cintanya terhadap Tuhannya. Namun, demi meraih cinta-NYA dia rela! Dia rela menempuhi segala mehnah ujian yang penuh ranjau dan onak berduri. Dia memujuk hatinya dengan cinta Ilahi. Tidak mahu dia akui tewas. Biar menggunung badai menghempas. Tidak mahu dia terus-terusan menangis. Lantaran pujukan-NYA terlalu manis.

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman."-(Ali-Imran;139)

Langkah demi langkah cuba dia atur. Berkali-kali dia tersungkur. Langkahnya juga tempang. Namun, dia cuba untuk tidak mengalah demi meraih cinta Al-Rahman! Kini dari seorang yang jahil, dia cuba mencari ilmu hanya kerana-NYA. Dia cuba mencari DIA melalui ayat-ayat cinta-NYA. Apa? Itulah dia Al-Quran Nul-Karim. 

Dia kini bercita-cita untuk mejadi Hamilatul Quran. Dia sedar. Amanah itu payah. Susah. Nama pun amanah. Amanah apa yang tidak susah? Amanah apa yang tidak payah? Namun, demi meraih cinta-NYA, apa pun sanggup dihadapinya. Kini, daripada seorang perempuan, dia cuba untuk menjadi muslimah. Kalau dahulu, bajunya ketat, kini dia longgarkan demi syariat. Kalau dahulu tudungnya singkat, kini dia cuba untuk berniqab. Kalau dahulu, dia selalu keluar rumah tanpa arah, kini hidupnya hanya sujud kepada Allah. Dia tidak punya apa-apa lagi. Segala-galanya sudah dia tinggalkan. Hidupnya dulu penuh kepalsuan. Penuh dengan lakonan. Penuh dengan sandiwara yang tiada berkesudahan. Namun, setelah lamaran cinta-NYA dia terima, Subhanallah, hanya DIA Yang Maha Mengetahui betapa dirinya bersyukur dan sujud pada Ilahi. 

Indah saat cinta-NYA menyapa diri. Dia tidak perlukan cinta manusiawi. Cukuplah cinta-NYA yang sudah subur dalam diri. Kalau dulu airmatanya jatuh kerana cinta yang tidak pasti, kini airmatanya jatuh kerana dia menginsafi diri. Kalau dulu dirinya memikirkan jodoh yang akan ke mari, kini dirinya resah memikirkan kematian yang semakin menghampiri. Kalau dahulu dia tidak ambil peduli tentang dosa yang membelenggu diri, kini dia menangis di sejadah demi meraih keampunan Ilahi. Cukuplah! Dia sudah tidak mahu hidup jauh dari-NYA. Dia sudah tidak mahu bergelumang dengan dosa. Dosanya yang dulu sudah cukup banyak! Tidak tertanggung rasanya. 

Dia sedar kini. Dia akan mati. Dunia itu hanya persinggahan. Yang kekal abadi hanyalah Hari Kemudian. Ya. Dia akan mati dan akan dibangkitkan. Dia akan dihisab dan diberi ganjaran. Ke mana akhirnya arah tujuannya? Syurga? Atau neraka? Dia tidak tahu. Sungguh dia tidak tahu. Yang dia tahu kini dia hanya mampu mengemis secebis kasih dari Ilahi. Dia hanya mampu sujud dan menangis di sejadah cinta Al-Rahim. Dia hanya mampu berdoa agar dia istiqomah dalam perjuangan ini. Perjuangan dalam menentang nafsu dalam dunia yang penuh lakonan dan ranjau berduri. Andai goyah imannya, maka lemaslah dia dalam dakapan dunia. Andai dia berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah -NYA, Insya-Allah dia akan selamat.
Dia perlu dibimbing. Dan bimbingan yang hakiki adalah DIA, Rabbi.

Cuba renung dalam diri. Apakah dirimu sudah cukup bersedia untuk mati? Apakah dirimu sudah cukup mencintai Ilahi? Aku tahu. Sakit rasanya berpisah dengan kekasih. Namun, yakinlah. Lagi sakit sekiranya cinta-NYA tidak kau peroleh. Yang mana satu pilihanmu? Mahu kehilangan dia atau mahu kehilangan DIA?
Mahu tinggalkan dunia, atau mahu timbanganmu diakhirat diberatkan-NYA? Tepuk dada. 

Pejamkan mata. Biarkan imanmu berkata-kata. Biarkan kesoleh dan kesolehanmu berbicara. Aku tahu. Cinta itu fitrah. Dunia itu indah. Tapi, yakinlah. Cinta-NYA itu juga fitrah. Fitrah yang sangat indah. Dan syurga itu sudah pastinya indah. Sangat indah hingga suatu saat nanti, dirimu akan menyesal di atas apa yang telah kau lakukan. Aku tidak mampu untuk membuat pilihan untukmu. Hanya mampu menyeru dan berdoa. Selebihnya itu hakmu. Biarkan imanmu berbicara. Bisukan nafsumu buat seketika. Aku hanyalah hamba. DIA Yang Maha Kuasa. 

Moga kisah penghijrahan dia, mampu memberikan dirimu sedikit rasa. Rasa untuk mengenali siapa DIA Yang Maha Berkuasa. Semoga aku, kamu, dia dan mereka sentiasa dalam rahmat dan cinta-NYA. 

Jika cinta-NYA menyapa, aku mohon, jangan menolak lamaran-NYA. Kerana sesungguhnya begitu indah berada dalam pelukan cinta-NYA.

*Artikel ini sumbangan daripada Hurun Ain, Terima kasih diucapkan diatas perkongsian yang cukup bermanfaat ini. 

Kamis, 06 Desember 2012

Ciri Wanita hantaran RM10,000 dan ke atas (UAI)


  1. Solat tidak tinggal
  2. Menutup Aurat
  3. Tidak pernah kapel
  4. Jaga tingkahlaku
  5. Pandai mengaji
  6. Tahu hukum agama
  7. Hafal quran
  8. Pandai memasak
  9. Pandai menjahit
-Ustaz Azhar Idrus-

*Petikan dari video ceramah UAI.....

Rabu, 07 November 2012

5 Perkara yang membawa Wanita ke Syurga



Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama. 

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) :
Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.
Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : 
Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.
Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : 
Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : 
Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.
Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : 
Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.

Demikianlah, wallahualam

IslamituIndah 

Selasa, 06 November 2012

Bila Sifat MALU sudah tidak Berfungsi


Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.

Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : 
"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)
Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud : 
"Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."
Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak seperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

loveloveislam

Rabu, 20 Juni 2012

Wanita Solehah, hanya yang terbaik untuk Lelaki



Titik permulaan segala sesuatu di sisi kita ialah Menghidupkan umat Islam dengan ilmu dan tarbiyah Islamiyyah. Secara mudah, lelaki soleh dan wanita solehah adalah mereka yang bersedia memenuhi segala tuntutan Islam keatas mereka. Dua elemen inilah yang akan membentuk sebuah unit yang dinamakan keluarga. Keluarga pada tabi'inya adalah unit asas dalam sesebuah masyarakat dan merupakan unit yang paling penting dalam sesebuah masyarakat.

Dinyatakan di dalam kitab Fiqh al Sunnah bahawa Imam Tarmizi dan Imam Ibnu Majah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW mengenai ayat 34 surah al Taubah semasa dalam satu perjalanan Rasulullah SAW bersama para sahabat, maka sebahagian para sahabat berkata 

"Telah ada ayat yang turun mengenai harta dan perak, maka sekiranya diketahui bahawa ada yang lain  yang lebih utama maka kami akan mengambilnya". 
Rasulullah bersabda : "Lidah yang selalu berzikir, hati yang sentiasa bersyukur dan isteri mukminah yang mengukuhkan iman suaminya".
Rasulullah SAW bersabda : "Bagi mukmin, tidak ada hal yang terlebih baik sesudah bertaqwa kepada Allah selain mendapat isteri yang solehah". 
Rasulullah SAW juga bersabda : "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik berhiasan adalah wanita solehah"

Di dalam satu riwayat yang lain ada dinyatakan berkenaan perihal wanita solehah : "Apabila diperintahkan kepadanya, dia taat. Apabila melihat kepadanya akan menyenangkan. Apabila diberi janji, dia menerima dan apabila dia ditinggalkan, dia menjaga diri dan harta suaminya dengan baik".

Sabda Rasulullah SAW : "Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, barangkali kerana kecantikan itu membinasakannya. Janganlah kamu kahwin kerana hartanya, barangkali kekayaannya itu menyebabkan dia derhaka, tetapi kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya perempuan yang tidak berhidung lagi budak adalah lebih baik (daripada yang lain)."

Jawapan Rasulullah SAW ketika ditanya oleh kaum muslimat tentang jihad seharusnya dijadikan panduan bersama iaitu : "Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu temui bahawa taat kepada suami dan mengakui hak-haknya adalah sama dengannya (jihad di jalan Allah).

Wanita solehah perlu mempersiapkan diri dengan ilmu Islam yang secukupnya kerana kecintaan kepada ilmu dan kesungguhan dalam menimba ilmu adalah merupakan sifat para wanita solehah sejak zaman Rasulullah SAW. Sejarah menceritakan bagaimana luasnya ilmu yang ada pada Sayyidatina Aisyah dan betapa dalamnya ilmu yang ada pada Zainab. Keperibadian mulia, sikap berani dalam membela hak dan menegakkan keadilan menjadi ciri-ciri yang menghiasi perbadi dan mewarnai hidup seorang wanita solehah seperti yang ditunjukkan oleh Khaulah binti Tha'labah.

Wanita solehah itu, sifat malu membenteng diri, pergaulan yang dipagari, kecantikan bukan berada pada wajahnya, kemanisan bukan berada pada kemanjaannya, kemanisan bicara tidak menjadi daya penariknya yang bisa menggoyah iman kaum muslimin tetapi terletak pada perjuangannya menjaga dan memartabatkan agamanya. Kata orang, nafsu kata wanita cantik pada paras rupa, akal kata wanita cantik pada ilmu dan hati kata wanita cantik pada akhlaknya. Wanita solehah itu adalah yang menjaga kecantikan luaran dan mengutamakan kecantikan dalaman.

Wahai kaum lelaki, jangan terlalu mencari-cari dan menanti-nanti 'si solehah' yang diimpikan akan menjadi milik kita sebalik menjadikan diri kita benar-benar soleh serta sanggup memenuhi segala tuntutan Islam keatas kita adalah lebih utama. Sekiranya syarat ini dipenuhi pasti 'si solehah' yang diidamkan yang mencari dan menanti kita.

Selasa, 19 Juni 2012

Rahsia Amalan menjadi Wanita Solehah



Memang semua wanita bercita-cita untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini ustazah tuliskan serba sedikit tips atau ciri-ciri yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.

Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2-cita menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

Jumat, 15 Juni 2012

Siapakah Wanita Cantik?



Wanita cantik ialah:
  1. Melukis kekuatan melalui masalah
  2. Tersenyum saat tertekan
  3. Tertawa saat hati sedang menangis
  4. Tabah di saat terhina
  5. Mempersona kerana memaafkan
  6. Mengasihi tanpa balasan
  7. Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…


Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

sumber

 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com