Sabtu, 29 Juni 2013

7 Petua Untuk Rezeki Semakin Bertambah dan Barakah

 

7 Petua Untuk Rezeki Semakin Bertambah dan Barakah.
Berdoalah. Memohon pada Allah s.w.t. agar dimurahkan rezeki kita dan jauhkan dari kesulitan hidup
  1. Setiap hari Jumaat (mulai maghrib hari Khamis sampai maghrib Jumaat)

  2. Waktu hujan mula turun. (Jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)

  3. Setiap malam (1/3 malam. Maksudnya di antara jam 3-5 pagi sembahyang tahjud, hajat, dan taubat)

  4. Sebelum subuh (Sebelum azan, pastikan sudah bersedia ada atas tikar sembahyang. Istighfar dahulu)

  5. Sebelum Maghrib (sama seperti subuh)

  6. Dalam bulan puasa sebelum berbuka puasa

  7. Waktu sakit (jangan mengeluh. Masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita)

Kaedah Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam


Allah SWT berfirman dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50 :
“Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.”
Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat. Sebagai contoh, adab menyambut kelahiran, antaranya :

Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah. Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ulama’ iaitu: “Burika laka fil Mauhub, wasyakartal Wahiba, wabalagha rushdahu waruziqta birrahu (Moga diberkati untukmu pada kurnia-Nya dan hendaklah engkau bersyukur kepada Pengurnia (Allah) dan moga anak itu mencapai umur dewasa dan engkau memperoleh kebaktiannya).”

Apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.

Hendaklah ditahnikkan bayi itu.
Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: “Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku).

Mencukur rambut bayi.
Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda: “Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.”

Melakukan akikah iaitu anak lelaki dua ekor kambing dan anak perempuan seekor kambing. Seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.” Demikianlah, wallahua’lam.

Lafaz Niat Puasa Fardhu Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa


Sebagai persiapan bagi menghadapi bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, marilah sama-sama kita mempersiapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat. Dijangkakan umat islam akan menunaikan ibadah puasa bermula pada 10 julai 2013 iaitu pada hari rabu. Walaubagaimanapun tarikh permulaan puasa bergantung kepada pengumuman oleh penyimpan mohor besar raja-raja.

Puasa merupakan salah satu rukun islam yang wajib dilaksanakan. Puasa dari segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri.

Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Sebagai perkongsian dan peringatan bersama di bawah disertakan lafaz niat puasa fardhu ramadhan dan juga doa berbuka puasa.

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

dan 

Doa Ketika Berbuka Puasa :


Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Semoga ibadah kita diterima Allah dan diberkati..

Jumat, 28 Juni 2013

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua untuk awet muda cara islam. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.



Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


  1. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

  2. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

  3. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

  4. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

  5. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan. 

  6. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. 

  7. Amalkan solat tahajud. 

  8. Sentiasa tenang dan bersikap positif. 

  9. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

  10. Maafkan semua orang sebelum tidur.

Doa Pemanis dan Penyeri Wajah Surah Yusuf


Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya sentiasa berseri bolehlah cuba diamalkan membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat).

Doa Pemanis Wajah


Maksud Ayat:
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya ; ” Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan ; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku. [Surah Yusuf: 4]

Khasiat ayat ini:
1. Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja
2. Wajah menjadi berseri-seri
3. Manis dipandang orang

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama bagi golongan-golongan isteri.

Rabu, 19 Juni 2013

Ayat Motivasi daripada Al quran


Setiap hari aku memerhatikan ayat-ayat itu…ayat-ayat memberiku semangat…Biarpun beratus-ratus buku motivasi ku baca, namun ayat-ayat itu lebih bersemangat dan mengajarku seribu erti…aku bukanlah seorang hafiz, hanya sebagai pemerhati semata…Pun begitu, inginku sampaikan dan berkongsi bersama kalian sebagai ingatan kita bersama…

Sahabatku,

Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan…

Sahabatku yang ku kenali,
Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu sebagai ingatan kita bersama…
Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah…
Ayat-ayat yang diturunan olehNya kepada junjungan besar untuk disampaikan…
“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran  : 58.
Sahabatku yang ku kasihi,
Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…
Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar dikau menjadi seorang yang tabah…
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11
“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.
Sahabatku yang ku rindui,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1
Sahabatku,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7 
Sahabatku yang ku kasihi,
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…
“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.
Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45
Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah, biarpun seringkali jua aku tersunggur…ingin ku sampaikan untuk dirimu agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat, namun hanya sekadar ini sahaja yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu…

Selasa, 18 Juni 2013

10 Sebab Kemungkinan Mat Rempit Masuk Syurga


1. Bukankah Allah Maha Penerima Taubat. Mereka bertaubat dan berazam betul-betul utnuk tidak buat lagi perbuatan sia-sia dan berdosa. Insya Allah mereka akan masuk Syurga.

2. Jumlah Mat Rempit di Malaysia sudah mencecah ribuan orang. Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan 'amali istisyshadiah' atau berjihad di Palestin. Peperangan di Palestin adalah perang jihad kerana mempertahan hak agama dan harta orang Islam.

3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang tak sedarkan diri. Antara 'basic knowledge' seorang Mat Rempit ialah CILOK. Mat Rempit mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang yang kemalangan. Kalau pesakit tidak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat kejadian dengan secepat mungkin.

4. Berluma-lumba untuk solat berjemaah. Solat berjemaah yang menepati masa adalah lebih afdal daripada melengah-lengahkannya. Walau sibuk macam mana sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan penguasaan track (jalan-jalan) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana kedudukan masjid atau surau berhampiran dengan tepat. Itu tidak lagi ditambah dengan pahala memboncengkan pak cik yang ditemui di tepi jalan untuk ke masjid.

5. Bincang masalah umat sejagat. Kebiasaan Mat Rempit adalah berkumpul dahulu sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincangkan masalah umat Islam, isu politik, berbincang tentang kekuasaan Tuhan dan banyak lagi. Pendek kata perbincangan mereka adalah perbincangan yang tidak sia-sia.

6. Qiamulail. seorang Mat Rempit telah terdidik selalu berjaga tengah malam sehingga pagi buta, terutama malam-malam minggu. Keliling masjid dan surau-surau akan penuh dengan motor EX-5, 125, RXZ dan lain-lain. Motor-motor ini tidak lain dan tidak bukan adalah milik Mat Rempit yang berqiamulail. mereka menangis dalam solat tahajjud dan taubat. Bersungguh-sungguh meminta dari Allah, khusyu' dalam berzikir dan beristighfar.

7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seprang yang 'ribat' ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan isinya. Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah yang sering berlaku tengah malam. Macam super hero lah Mat Rempit ini.

8. Menghiburkan isteri dan keluarga. jika dahulu, Mat Rempit sinonim dengan bohsia dan bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti yang dahulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor. Pada hujung minggu, Mat Rempit akan berpiknik dan mengeratkan silatur rahim dengan Mat Rempit yang lain. Mafhum hadith, 'sebaik-baik kamu adalah yang melakukan kebaikan kepada keluarganya'.

9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam kesusahan tidak dapat dinafikan. Dalam apa jua keadaanpun, seorang Mat Rempit selalu 'alert' dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Kes ragut disiarkan dalam TV dapat dikurangkan jika Mat Rempit ada di tempat kejadian, kerana merekalah orang yang pertama akan menangkap penjenayah itu. Selain itu, seorang Mat Rempit dikurniakan Allah satu 'sense' yang istimewa (six sense lah tu). Mat Rempit dapat menghidu jenayah dari jauh dan dapat juga mengetahui niat jahat seseorang itu. Jadi, sebelum jenayah berlaku, seorang Mat Rempit mungkin akan mengalihkan perhatian orang yang berniat jahat tadi.

10. Tawakal yang tinggi. Sentiasa berzikir, sentiasa mengingati kematian. Mat Rempit akan membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya. Mat Rempit sentiasa sedar bahawa ajal maut di tangan Allah. Nyawanya boleh ditarik Allah bila-bila masa sahaja. Justeru, Mat Rempit selalu mempersiapkan dirinya menghadap Yang Maha esa.

Mat rempit yang mempunyai sikap, sifat dan hal-hal berkaitan dinyatakan , adalah tidak mustahil bagi seorang Mat Rempit untuk masuk ke Syurga.

Menutup Aurat Dalam Islam


Pengertian Aurat :
Dari segi bahasa, aurat ialah sesuatu yang mengaibkan..Dari segi istilah, aurat ialah bahagian tubuh badan seseorang yang WAJIB ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau ajnabi..

Hukum menutup aurat adalah WAJIB bagi lelaki dan perempuan Islam..

Batas-batas aurat 

Aurat Lelaki :
1. Dengan perempuan mahram, auratnya di antara pusat dengan lutut..
2. Dengan perempuan bukan mahram, auratnya di antara pusat dengan lutut..
3. Dengan perempuan bukan Islam, auratnya di antara pusat dengan lutut..

Aurat Wanita :
1. Dengan mahram lelaki, auratnya di antara pusat dengan lutut..
2. Dengan lelaki bukan mahram, auratnya seluruh tubuh, kecuali muka dan dua pergelangan tangan..
3. Dengan lelaki bukan Islam, auratnya seluruh tubuh, kecuali muka dan dua pergelangan tangan..

Sebab-sebab Islam meWAJIBkan lelaki dan perempuan Islam menutup aurat 

1. Untuk menjaga dan memelihara kehormatan, kesopanan, dan maruah diri seseorang..
2. Menghindarkan diri daripada terjerumus ke arah perbuatan Zina..
3. Untuk membezakan antara keperibadian orang Islam dengan orang bukan Islam..
4. Menggambarkan bahawa orang Islam sangat patuh dan taat kepada perintah Allah..

Hikmah / Fadhilat / Kebaikan disebalik kewajipan menutup aurat ke atas orang Islam 

1. Memuliakan manusia sebagai makhluk yang istimewa..
2. Membentuk diri manusia supaya menjadi insan yang beradab..
3. Dapat mengelak diri daripada sebarang fitnah..
4. Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah Allah..

Islam menggalakkan umatnya berpakaian baik, bersih, cantik, dan menutup aurat kerana amalan tersebut mendatangkan kebaikan kepada manusia..

Kamis, 13 Juni 2013

Kesan Duduk Atas Dompet Dalam Jangka Masa Yang Panjang


Mesti ramai di kalangan lelaki yang suka meletak dompet di belakang poket seluarnya bukan? Memang ramai memang tak dinafikan. Sudah tentu apabila duduk mereka juga akan duduk di atas dompet itu bukan? Tapi ramai yang tak tahu akan kesan buruk yang berlaku jika duduk di atas dompet dalam jangka masa panjang..

Sebenarnya meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.


Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.

Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

Jadi kepada lelaki yang suka letak dompet di belakang seluar itu bolehlah mencuba letak dompet di poket depan seluar pula.. sayangi diri anda :)

Rabu, 12 Juni 2013

Rahsia amalan zikir selepas solat


Abu Hurairah melaporkan: “Pada suatu hari beberapa sahabat Nabi Muhammad yang miskin dan berasal dari Makkah berkata kepada utusan Allah itu: Wahai Rasulullah, orang kaya berpeluang mati dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi dan mendapat nikmat yang kekal dalam syurga”. 

Nabi Muhammad bertanya: “Mengapa saudara berkata begitu? Mereka menjawab: Mereka sembahyang macam kami sembahyang. Mereka berpuasa macam kami berpuasa. Mereka juga dapat bersedekah, sedangkan kami tidak mampu bersedekah. Mereka juga dapat membebaskan hamba-hamba sedangkan kami tidak dapat. 

Rahsia Amalan Zikir Selepas Solat

Nabi Muhammad menjawab : “Mahukah saudara semua jika saya terangkan satu amalan yang membolehkan saudara dapat mendahului orang selepas saudara? Tiada ada sesiapa dapat mengalahkan kedudukan saudara itu kecuali mereka yang mengamalkan apa yang saudara amalkan. Sahabat menjawab: Mahu wahai Rasulullah. Kata Nabi Muhammad: “Bacalah Subhanallah tiga puluh kali, Alhamdulillah tiga puluh kali dan Allahuakbar tiga puluh kali, apabila selesai sembahyang. 

Tidak lama selepas itu mereka datang semula berjumpa Nabi Muhammad dan berkata: “Orang kaya itu sudah mengetahui apa yang kita amalkan, jadi mereka melakukan apa yang kami lakukan. Nabi Muhammad menjawab: “Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada sesiapa saja yang dipilih-Nya.” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim) 

*InsyaAllah sama-sama kita mengamalkannya..

Senin, 03 Juni 2013

Kelebihan Berwuduk Sebelum Tidur


Rasulullah SAW bersabda : 
"Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci." (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Pertama
Menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti.

Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua
Mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga
Didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

Sabtu, 01 Juni 2013

Rahsia dan Kelebihan Qailulah


Cuba kita praktikan Sunnah Rasullah s.a.w ini dengan istiqamah. Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Sama-samalah kita amalkan sunnah Qailulah ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.
 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com