Kamis, 26 September 2013

Pesanan Rasulullah sebelum tidur


Pesanan Rasulullah S.A.W. sebelum tidur

Sebelum tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
1. khatam Al Qur’an

2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat

3. Membuatkan para muslim meredhai kamu

4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.

Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”
Rasulullah tersenyum sambil bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an).

Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat).

Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu).

Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”

Wallahua'lam....

Rabu, 25 September 2013

6 Perkara untuk menjadi suami yang terbaik


Adakah anda sudah menjadi seorang suami yang terbaik kepada isteri anda? Bagaimanakah cara untuk membantu isteri bagi meringankan beban dan memahami kerjaya isteri yang sering sibuk di luar rumah? Petua berikut mungkin boleh membantu anda menjadi seorang suami yang terbaik kepada isteri anda. Oleh itu sikap saling memahami antara pasangan sememangnya penting dalam sesebuah rumahtangga.

1. Ringan Tulang 
Jangan jadi tuan di rumah dengan memerhatikan saja isteri melakukan semua kerja rumah. Sesekali, ringankan tulang membantu isteri menyiapkan meja makan untuk berbuka dan bersahur.

2. Ambil Hati Isteri
Beri kata pujian terutama apabila masakan pilihannya untuk berbuka memang enak. Jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri oleh si suami contohnya masakan kurang garam atau minuman tawar. Jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukannya orang gaji.

3. Uruskan Anak-Anak 
Jika lihat isteri terlalu sibuk dengan urusan lain, tolong uruskan anak-anak seperti menukarkan lampin atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Layan kerenah anak supaya mereka tidak mengganggu ibunya yang sibuk di dapur.

4. Tunjukkan Kasih Sayang 
Bekerja seharian dan kemudian melakukan kerja di rumah memang memenatkan. Oleh itu, lelaki harus faham jika isteri kadang-kadang kurang melayan suami. Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi vitamin untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan.

5. Sediakan Pembantu Rumah 
Kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, menyapu sampah, menyusun dan mengatur bukanlah tugas isteri. Justeru jika mampu, sediakan pembantu rumah untuknya. Sekurang-kurangnya, isteri tidak terlalu penat hingga tiada masa untuk suami dan anak.

6. Doakan Kebaikan Untuk Isteri 
Ambil kesempatan untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada isteri ketika Ramadan ini. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri.

Senin, 16 September 2013

Fesyen Muslimah sekarang


1. Berbaju kurung tetapi ditempah mengikut sealak-alak badan menyebabkan terbonjol bentuk buah dada, pinggang dan bentuk punggung mereka apabila berjalan.

2. Berjubah tetapi fabrik kain yang lembut dan ditempah sealak-alak badan menyebabkan ternampak garis pakaian dalam mereka dari luar jubah.

3. Bertudung tetapi dipakai bersama T-shirt lengan pendek mendedah lengan dan sangat sendat (fit).

4. Bertudung tetapi dipakai bersama slack sendat dan jeans ketat yang diburukkan lagi oleh baju yang singkat tidak cukup menutup punggung mereka.

5. Bertudung tetapi dipakai bersama LEGGINGS yang terang dan nyata kelihatan seperti kaki yang telanjang.

Di dalam Islam, bolehkah anda mencampur-adukkan dua konsep fesyen yang nyata bercanggah dengan niat menjadikannya fesyen yang halal ? Yang dimaksudkan di sini adalah trend wanita Islam Malaysia terkini yang tidak malu memadankan pakaian Muslimah (tudung dan busana) bersama pakaian Maksiat seperti slack sendat, jeans sendat dan leggings ketat.

Sudah terang dan nyata bahawa apa-apa pakaian yang menampakkan alur bentuk tubuh dijatuhkan sebagai dosa besar oleh Islam, malangnya ramai wanita Islam tetap memakainya dan tidak kisah tentang dosa aurat

*Sama-sama Muhasabah diri
 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com