Senin, 03 Desember 2012

Syarat-syarat solat qasar dan jama’



Tujuan musafir adalah baik dan diharuskan oleh syarak dan tidak mengandungi unsur-unsur maksiat.
  • Jarak musafir tidak kurang dua marhalah iaitu 91 kilometer atau 56 batu (sila rujuk http://www.islam.gov.my/).

  • Tahu destinasi yang dituju dan ia tidak kurang dari dua marhalah. Jika musafir tanpa tujuan, tidak harus mengqasarkan atau menjama’ solat walaupun perjalanannya melebihi 2 marhalah.

  • Solat yang boleh diqasar ialah solat fardhu 4 rakaat iaitu solat zohor, asar dan isyak. Manakala solat yang boleh dijama’ ialah zohor dengan asar dan maghrib dengan isyak

  • Tahu solat jama’ dan qasar dan hukumnya harus bagi orang yang musafir

  • Berniat qasar ketika takbiratulihram dan tidak berubah-ubah sehingga selesai solat

  • Berniat jama’ taqdim ketika takbiratulihram yang pertama. Tahu bahawa dia masih kekal dalam musafir ketika melakukan solat qasar atau jama’. Jika ketika solat qasar, dia telah sedar bahawa dia sudah sampai ke tempat dia bermukim, wajiblah disempurnakan solat fardhu 4 rakaat.

  • Mengerjakan solat qasar dan jama’ diluar kawasan kampung keluarga atau diluar daerahnya

  • Berniat sebelum bertolak hendak bermukim ditempat yang dituju tidak lebih daripada 3 hari. Setelah 3 hari, sekiranya dia melanjutkan lagi tempoh menetap, wajib solat sempurna dan dan tidak harus menjama’ solat. Jika sebelum bertolak, dia berniat menetap ditempat lebih daripada 3 hari maka putuslah musafirnya sebaik tiba ditempat tersebut.


Minggu, 02 Desember 2012

10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu



Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom Kita nak dedahkan 10 daripadanya!

1)Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2)Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3)Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4)McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5)Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6)Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7)Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8)Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9)Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10)Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

*Semoga bermanfaat.....

Sumber asal : myibrah.com

IC Berstatus Islam, Tetapi Islamkah Kita

Persoalan :
  1. Mengapa orang islam ada yang bertudung dan ada yang tidak bertudung? Ada yang solat dan ada yang tidak solat?
  2. Mengapa agama islam sangat sempurna tetapi tidak penganutnya?
  3. Mengapa orang bukan islam tidak tertarik dengan islam sedangkan agama islam cukup indah dan agama yang terbaik dari semua hal?
  4. Mengapa islam dipandang enteng dan buruk di mata masyarakat?
Bagi saya persoalan-persoalan ini saling berkait, iaitu menyentuh bab akidah dan iman. Tengok IC agama islam, tengok empunya tiada persis keislamannya. Mengapa?

Kita perlu tanya pada diri semula, "kenapa IC kita islam?"


ISLAMNYA KITA

Apabila kita telah dilahirkan dalam Islam, kita telah secara langsung terikat untuk berada di dalam lingkungan agama suci itu, dan menjadi penganutnya hingga hujung nyawa. Ini kerana, Islam adalah agama yang akhir dan benar yang akan membawa penganutnya ke destinasi terakhir yang kekal abadi, syurga.

Sepatutnya kita merasa beruntung apabila dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga Islam, kerana melaluinya kita belajar mengenal Tuhan. Sebagai seorang Islam, kita mempunyai Al-Quran sebagai panduan utama yang merangkumi kesemua perkara dengan lengkap. Kita juga punya hadis-hadis sahih untuk dijadikan pegangan dan tauladan dalam menjalani kehidupan seharian.

Jadi soal mengapa mereka yang telah dilahirkan sebagai Islam tetapi tiada perwatakan sebagai seorang penganut islam sepatutnya difahami. Kerana pada dasarnya agama Islam itu sendiri telah sempurna dan lengkap, seperti firman Allah SWT :
"Dan pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu, dan Aku redha Islam itu menjadi agamamu" (Al-Maidah:3)
Malah islam sesekali tidak pernah memaksa penganut agama lain untuk memasuki islam. Tidakkah ia melambangkan betapa mulianya agama yang kita anuti?
"Tiada paksaan untuk memasuki Islam" (Al-Baqarah : 256)

AGAMA NADI KEHIDUPAN

Agama akan membentuk akidah yang sahih. Agama melatih melalui ibadah yang berterusan dan kesan kehidupan beragamalah akan melahirkan akhlak mulia. Akidah, ibadah dan akhlak merupakan ramuan penting kerana gabungan inilah yang akan membentuk tanggungjawab seorang hamba yang istiqamah dalam mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Justeru, kita wajar menjadikan agama sebagai batu asas dalam soal membuat setiap pertimbangan kehidupan. Jika kita salah memilih jalan, maka kita akan tersesat. Segala urusan yang kita lakukan seharian, serba tidak kena.

Sebagai contoh :
Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina atas kepentingan diri masing-masing.

Tanpa iman, maka tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Jika kita pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, maka kita akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.

Sebab itulah kita sering diingatkan supaya berhati-hati dalam setiap langkah kehidupan. Lahirnya jiwa yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya jiwa yang jahat membawa kemudaratan kepada empunya diri.Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang kuat akidahnya.. amin.. insyaAllah   
(http://www.puspitakirana.com)

15 waktu doa dikabulkan dan 16 tempat doa dikabulkan


15 Waktu Doa Dikabulkan :-
  1. Malam Jumaat Atau
  2. Malam Hari Raya Aidil Fitri
  3. Malam Hari Raya Aidil Adha
  4. Malam 10 Muhamrram
  5. Malam Nisfu Sya’aban
  6. Malam ‘Lailatul Qadar’
  7. Malam Sepertiga Malam Yang Yang Akhir
  8. Ketika Hendak Berbuka
  9. Antara Azan Dan Iqamah
  10. Pada Waktu Khatib Duduk Antara Dua Khutbah
  11. Setelah Selesai Solat Fardhu
  12. Antara Zohor Dengan Asar
  13. Selepas Khatam Al-Quran
  14. Ketika Mula-Mula Turun Hujan Terutama Selepas Kemarau
  15. Setelah Melakukan Amal Soleh Dan Bersedekah Kepada Fakir Miskin

16 Tempat Doa Dikabulkan
  1. Ketika Melihat Kaa’bah
  2. Ditempat Melakukan Tawaf
  3. Disisi Multazam
  4. Dibawah Pancuran Emas
  5. Disisi Telaga Zamzam Ketika Tenggelam Matahari
  6. Dibelakang Makam Ibrahim
  7. Diatas Bukit Solat
  8. Diatas Bukit Marwah
  9. Ditempat Sa’i
  10. Di Arafah Terutama Selepas Asar Menjelang Matahari Hendak Masuk
  11. Di Muzdalifah
  12. Di Mina
  13. Disisi Jamrah Al-Ula
  14. Disisi Jamrah Al-Wusto
  15. Disisi Jamrah Al-’Aqabah
  16. Didalam Raudhah Masjid Nabawi (Madinah)
*Semoga Bermanfaat.....

Sabtu, 01 Desember 2012

Mana yang patut Dimalukan?



- Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
- Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

- Malu kerana tiada kekasih,
- Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

- Malu kerana dikatakan alim,
- Atau malu kerana dikatakan teruk?

- Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
- Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

- Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
- Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

- Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
- Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

MALU itu perlu..
tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya.. jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR.

MANA YANG PATUT DIMALUKAN?
 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com