Selasa, 18 Juni 2013

Menutup Aurat Dalam Islam


Pengertian Aurat :
Dari segi bahasa, aurat ialah sesuatu yang mengaibkan..Dari segi istilah, aurat ialah bahagian tubuh badan seseorang yang WAJIB ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau ajnabi..

Hukum menutup aurat adalah WAJIB bagi lelaki dan perempuan Islam..

Batas-batas aurat 

Aurat Lelaki :
1. Dengan perempuan mahram, auratnya di antara pusat dengan lutut..
2. Dengan perempuan bukan mahram, auratnya di antara pusat dengan lutut..
3. Dengan perempuan bukan Islam, auratnya di antara pusat dengan lutut..

Aurat Wanita :
1. Dengan mahram lelaki, auratnya di antara pusat dengan lutut..
2. Dengan lelaki bukan mahram, auratnya seluruh tubuh, kecuali muka dan dua pergelangan tangan..
3. Dengan lelaki bukan Islam, auratnya seluruh tubuh, kecuali muka dan dua pergelangan tangan..

Sebab-sebab Islam meWAJIBkan lelaki dan perempuan Islam menutup aurat 

1. Untuk menjaga dan memelihara kehormatan, kesopanan, dan maruah diri seseorang..
2. Menghindarkan diri daripada terjerumus ke arah perbuatan Zina..
3. Untuk membezakan antara keperibadian orang Islam dengan orang bukan Islam..
4. Menggambarkan bahawa orang Islam sangat patuh dan taat kepada perintah Allah..

Hikmah / Fadhilat / Kebaikan disebalik kewajipan menutup aurat ke atas orang Islam 

1. Memuliakan manusia sebagai makhluk yang istimewa..
2. Membentuk diri manusia supaya menjadi insan yang beradab..
3. Dapat mengelak diri daripada sebarang fitnah..
4. Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah Allah..

Islam menggalakkan umatnya berpakaian baik, bersih, cantik, dan menutup aurat kerana amalan tersebut mendatangkan kebaikan kepada manusia..

Kamis, 13 Juni 2013

Kesan Duduk Atas Dompet Dalam Jangka Masa Yang Panjang


Mesti ramai di kalangan lelaki yang suka meletak dompet di belakang poket seluarnya bukan? Memang ramai memang tak dinafikan. Sudah tentu apabila duduk mereka juga akan duduk di atas dompet itu bukan? Tapi ramai yang tak tahu akan kesan buruk yang berlaku jika duduk di atas dompet dalam jangka masa panjang..

Sebenarnya meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.


Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.

Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

Jadi kepada lelaki yang suka letak dompet di belakang seluar itu bolehlah mencuba letak dompet di poket depan seluar pula.. sayangi diri anda :)

Rabu, 12 Juni 2013

Rahsia amalan zikir selepas solat


Abu Hurairah melaporkan: “Pada suatu hari beberapa sahabat Nabi Muhammad yang miskin dan berasal dari Makkah berkata kepada utusan Allah itu: Wahai Rasulullah, orang kaya berpeluang mati dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi dan mendapat nikmat yang kekal dalam syurga”. 

Nabi Muhammad bertanya: “Mengapa saudara berkata begitu? Mereka menjawab: Mereka sembahyang macam kami sembahyang. Mereka berpuasa macam kami berpuasa. Mereka juga dapat bersedekah, sedangkan kami tidak mampu bersedekah. Mereka juga dapat membebaskan hamba-hamba sedangkan kami tidak dapat. 

Rahsia Amalan Zikir Selepas Solat

Nabi Muhammad menjawab : “Mahukah saudara semua jika saya terangkan satu amalan yang membolehkan saudara dapat mendahului orang selepas saudara? Tiada ada sesiapa dapat mengalahkan kedudukan saudara itu kecuali mereka yang mengamalkan apa yang saudara amalkan. Sahabat menjawab: Mahu wahai Rasulullah. Kata Nabi Muhammad: “Bacalah Subhanallah tiga puluh kali, Alhamdulillah tiga puluh kali dan Allahuakbar tiga puluh kali, apabila selesai sembahyang. 

Tidak lama selepas itu mereka datang semula berjumpa Nabi Muhammad dan berkata: “Orang kaya itu sudah mengetahui apa yang kita amalkan, jadi mereka melakukan apa yang kami lakukan. Nabi Muhammad menjawab: “Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada sesiapa saja yang dipilih-Nya.” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim) 

*InsyaAllah sama-sama kita mengamalkannya..

Senin, 03 Juni 2013

Kelebihan Berwuduk Sebelum Tidur


Rasulullah SAW bersabda : 
"Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci." (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).
Pertama
Menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti.

Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua
Mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga
Didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

Sabtu, 01 Juni 2013

Rahsia dan Kelebihan Qailulah


Cuba kita praktikan Sunnah Rasullah s.a.w ini dengan istiqamah. Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

Sama-samalah kita amalkan sunnah Qailulah ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.
 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com