Sabtu, 20 Maret 2010

Tidak Akan Hancur 10 Golongan Mayat Ini.


Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun 'UMUR AKHIRAT' dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya sahabat kepada Rasulullah SAW : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. "Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah SAW bahawa Sepuluh Golongan yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:


  1. segala Nabi
  2. Orang Yang Berperang Kerana Allah (Jihad)
  3. Orang Alim (Ahli ulama' Yang Diredhai oleh Allah)
  4. Orang Yang Mati Shahid (mati ketika berperang menegakkan Islam)
  5. Orang yang Menanggung Al-Quran (Orang yang Menghafal ayat-ayat Al-Quran)
  6. Raja Yang Adil
  7. Tukang Azan (Bilal yang azan selama 12 tahun harus masuk Syurga)
  8. Orang yang mati Ketika Nifas (orang yang mati bersalin)-> Kelebihan para Ibu
  9. Orang yang dibunuh dengan zalim
  10. Orang yang mati Hari Jumaat @ malamnya (jumaat)


Sekadar Renungan Bersama.

Senin, 15 Maret 2010

8 Petua Cantik dan Menarik



  1. Jadilah Ghaddul Basor (Menundukkan Kepala) Sebagai hiasan Mata, nescaya mata menjadi semakin Jernih.
  2. Sapukanlah 'Lipstik Kejujuran' pada bibir, nescaya kita akan bertambah manis.
  3. Gunakanlah 'Pemerah Pipi' yang diperbuat daripada rasa Malu iman.
  4. Pakailah 'Sabun Istighfar'  yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan
  5. Rawatlah rambutmu dengan 'Selendang Islam' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.(ni ada kat pasar)
  6. Hiasilah kedua tangan dan jari2 mu dengan gelang Tawaduk dan cincin Ukhuwwah.
  7. Pakailah kamu akan kalung kesucian.
  8. Bedaklah wajahmu dengan 'Air wuduk', Nescaya wajahmu akan bercahaya di Akhirat Kelak.        
P/S : Sume barang2 kat atas tu takde kat Pasar Malam, Pasar Tani or Pasar2 kat dunia ni..

    Selasa, 09 Maret 2010

    Bagilah Aku Ketabahan Menghadapi Keputusan SPM.



    Bismillahirrahmanirrahim,
    Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya engkaulah sebenar-benar Tuhan yang memiliki seluruh kekuasaan di langit dan di bumi. Tiada satu pun yang terlepas dari penguasaanMU dan tidak pula Kau memerlukan pembantu dalam menguruskan kursiMU.
    Allahummasoli a’la saidina Muhammad, Wa a’la ali saidina Muhammad. Salam selawat ke atas kekasihmu, Rasul junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W. Kurniakanlah kedudukan tertinggi kepada baginda dan kurniakanlah kesejahteraan kepada Baginda.
    Ya Ghoffar, Ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu-bapa kami, keluarga kami, guru-guru kami serta muslimin dan muslimat yang engkau kasihi dan redhai sekalian. Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan kepada ibu-bapa kami dan berikanlah kesihatan berpanjangan kepada mereka. Kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku.
    Ya Allah, tetapkanlah kami di atas landasan agamaMU yang lurus. Tambahkanlah iman kami dan kurniakanlah sifat bersyukur dalam hati kami di atas segala nikmat kurniaanMu.
    Ya Rahman, Ya Rahim kurniakanlah rezeki yang halal kepada kami dan berkatilah makan minum kami. Jauhilah kami daripada azzab api neraka dan Kubur.
    Ya Allah, sesungguhnya hati-hati kami berhimpun dengan penuh rendah diri menadah tangan sebagai hambaMu, memohon keberkatan dan kekuatan dariMU bagi menghadapi keputusan SPM yang akan keluar pada 11.3.2010 ini ya Allah 
    Ya Allah berikanlah kami kesempatan waktu untuk memohon darimu, Anugerahkanlah kejayaan dalam peperiksaan kami ini Ya Allah. Anugerahkanlah kejayaan kepada semua rakan-rakan kami Ya Allah, Jangan ada antara kami yang sedihnya sendirian Ya Allah. Engkau yang Maha Agung Lagi Bijaksana. Semoga Kejayaan Mengiringi Kami Ya Allah.
    Ya Allah, sesungguhnya kami telah berusaha sedaya yang kami mampu dalam mempelajari setitis daripada selaut ilmumu. Oleh itu Ya Allah, berkatilah ilmu-ilmu tersebut kepada kami Ya Allah. Ya Allah Kurniakanlah kejayaan Kepada Kami Semua Ya Allah.
    Ya Allah, jauhilah kami dari kegagalan agar tidak mendatangkan fitnah ke atas usaha dakwah yang kami lakukan dan berikanlah kejayaan kepada kami agar kami dapat membina kembali kegemilangan ketamadunan Islam.
    Ya Razzak, sekiranya kejayaan yang engkau berikan kepada kami dalam peperiksaan tersebut maka jadikanlah kami hambamu yang bersyukur dan merendah hati. Jauhilah kami dari sifat angkuh dan takabbur. Dan tanamkanlah kedalam hati kami kekuatan untuk terus berbakti dalam mendaulatkan agamaMU. Jauhilah kami dari lalai dan leka dalam mengingatiMu dengan sedikit cubaan kejayaan.
    Ya Allah, sekiranya engkau menetapkan kegagalan kepada kami, bimbinglah kami untuk menghadapi ujianMu ini dengan penuh kesabaran. Jauhilah kami dari bersedih dan kecewa hingga membawa kami jauh dari mengingatiMu. Janganlah engkau jadikan bebanan itu terlalu berat untuk kami tanggung. Sesungguhnya kami ini hambamu yang lemah.
    Ya Allah, engkau kurniakanlah keselamatan kepada saudara kami di Palestin, Iran, Iraq, Afghanistan dan berikanlah kesejahteraan kepada seluruh Ummat Islam serta kurniakanlah kekuatan kepada kami dalam melawan musuh agama MU. Ya Allah, Engkau jauhilah kami dari fitnah Dajjal yang menyesatkan dengan tipu daya.
    Rabbana atina Fiddunya Hasanah, Wafil akhirati hasanah, Wa kina Azabbannar. Wa salallahuA’la saidina Muhamma, Wa a’la alihi wasabbihi wasallam, Walhamdulillahi Rabbil a’lamin. Amin Ya Rabbal a'lamin!
     Daripada Kelas Pengartucaraan Komputer Sekolah menengah Teknik Besut. Doakanlah kejayaan buat kami !!.

    Rabu, 03 Maret 2010

    Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah


    Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." 

    Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu." 
    Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." 

    Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. 

    Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung. 

    Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. 

    Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya." 

    Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
    1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 
    2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia. 
    3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
    Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
    1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat. 
    2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab. 
    3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq. 
    4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat. 
    5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

    Pahala Ribuan Tahun yang Tidak Kita Ketahui


    15 Hari = Nilai 4166 Tahun
    Sebagaimana dijelaskan Nabi Muhammad Saw, banyak kebaikan yang mendatangkan pahala berlipatganda. Di antaranya adalah memperbanyak solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi (HR. Ahmad). Di Masjidil Haram pahalanya dilipatkan 100,000 kali, di Masjid Nabawi dilipatkan 1000 kali. Pengertiannya, orang yang setiap hari solat rawatib 12 rakaat di selain Masjidil Haram satu tahun ia baru mendapatkan 4320 rakaat. Sedang dua rakaat di Masjidil Haram sama dengan 200,000 rakaat. Ertinya, untuk mendapatkan pahala solat 200,000 rakaat di selain Masjidil Haram amat lama padahal di Masjidil Haram cukup dua rakaat diperlukan waktu selama 40 tahun tiga bulan, dengan solat rawatib tiap harinya 12 rakaat. Bila seorang haji aktif solat jamaah di Masjidil Haram selama 15 hari berikut solat rawatib maka nilainya sama dengan solat 43,500,000 rakaat di luar Masjidil Haram, belum lagi dihitungkan solat jamaahnya. Ertinya, sama dengan ia solat di luar Masjidil Haram (sebanyak 17 rakaat solat wajib dan 12 rakaat rawatib) selama 4166 tahun lebih enam bulan.

    Seperti Berusia 1215 Tahun
    Soal Solat Berjemaah di Masjid, Nabi Muhammad Saw menyebutkan pahalanya lebih utama 27 darjat dari solat sendirian. (HR. Bukhari Muslim). Ertinya, bila ada dua orang yang satu biasa solat sendirian dan yang kedua selalu berjamaah sepanjang hidupnya maka seakan-akan umur yang selalu berjamaah lebih panjang 27 kali dari kawannya. Bila ia mula berjamaah sejak usia 15 tahun sehingga usianya 60 tahun, itu ertinya seperti berusia 1215 tahun, sedang rakannya tetap berusia 60 tahun. Dalam hal solat, muslimah memiliki keutamaan yang sangat istimewa. Sebab solatnya di rumah lebih baik daripada solat jemaah di masjid, sekalipun Masjid Nabawi. (HR. Ahmad). Erti waktu saja, seorang muslimah seakan memiliki usia 27 kali lebih panjang dalam hal kebaikan. Solat selain yang sarat pahala adalah solat sunnah di rumah. Solat sunnah di rumah berpahala 25 kali ganda dibanding solat di masjid atau jika dilihat orang lain. (HR. Abu Ya'la).

    Pahala Sejumlah Jama'ah Shalat
    "Pahala muadzin juga sangat besar. Ia mendapat pahala orang yang solat bersamanya. Di samping itu, dosa muadzin diampuni sepanjang suaranya (HR. Nasa'i)". Bila jamaah solat berjumlah 100 orang, ia mendapat pahala solat 100 orang tersebut, dengan berbagai keutamaan yang disebutkan di atas. Bila kita tidak pernah atau tak sempat adzan, kita cukup menjawab adzan dan bagi kita pahala seperti pahala muadzin. (HR. Abu Daud).

    1 Jam Lebih Baik Daripada 60 Tahun
    Jihad fi sabilillah dengan jiwa dan harta atau dengan salah satu daripadanya juga sangat menjanjikan. Nabi Saw bersabda : "Keberadaan seseorang dalam jihad fi sabilillah satu jam, sungguh lebih baik daripada ibadah 60 tahun." (HR. Ad-Darmi). Bagaimana pula jika dalam sehari, sebulan dan beberapa tahun ?.

    Nilai Khatam Al-Quran Dengan Sesaat
    Prinsip ekonomi, modal kecil untung besar berlaku pula dalam pahala bacaan Al-Qur'an. Nabi SAW bersabda "Qulhuwallahu ahad sama dengan sepertiga Al-Qur'an dan Qul ya ayyuhal kafirun sama dengan seperempat Al-Qur'an." (HR. Thabrani, shahih). Bila setiap hari kita membaca surat al-Ikhlas tiga kali, kita dapat pahala khatam Al-Qur'an sekali, empat kali surat Al-Kafirun juga berpahala satu kali khatam.

    Dido'akan 70.000 Malaikat
    Orang yang menjenguk si sakit akan didoakan 70,000 malaikat, dan selama melawat, ia (seakan) berada di kebun surga. (HR. Tirmidzi, Hasan). Padahal untuk minta didoakan 100 kyai saja, kita perlu waktu dan biaya besar buat mengundangnya. Ini tak tanggung-tanggung, cukup lawat si sakit 70,000 malaikat yang maksum mendoakan kita.Masih banyak lagi yang lain berpahala besar. Tetapi yang lebih penting, mari kita amalkan. Terakhir, ada  amal yang menghasilkan deposit pahala abadi. Karananya kita perlu usahakan, yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak solih yang selalu mendoakan kita. (HR. Muslim).

    Hanya Untuk Allah Semata-mata, Hikmah dari berbagai pahala besar di atas adalah hendaknya kita tidak menyia-nyiakan usia meski sesaat untuk suatu kebaikan. Sebab setiap saat usia kita ada pertanggungjawabannya. Di samping itu, diberikannya berbagai bonus pahala tersebut agar kita lebih giat lagi beribadah. Insya Allah hidup kita akan produktif hingga ribuan tahun. Tidak hanya untuk kepentingan dunia, tapi juga untuk akhirat. Amin.

    Sungguh Maha Pemurah Allah taa'la..tidak mahukah kita merebutnya..??


                    
     
    Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com