Sabtu, 24 Agustus 2013

7 Kunci Kebahagian


Menurut Saidina Ali bin Abi Thalib RA, 7 Kunci Kebahagiaan adalah:
  1. Jangan membenci siapapun, walau ada yang menyalahi hakmu.

  2. Jangan pernah bersedih secara berlebihan, sekalipun problem memuncak.

  3. Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.

  4. Berbuatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.

  5. Perbanyaklah memberi walaupun anda sedang susah.

  6. Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.

  7. Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.

Kamis, 22 Agustus 2013

Mesir Berdarah : Dataran Nahdhah jadi padang jarak padang terkukur


MESIR: Beginilah keadaan Dataran Nahdhah yng terletak di daerah Giza ditengah-tengah Kota Kaherah. Ia kini bagaikan ‘padang jarak padan tekukur’. Tiada lagi ribuan penyokong presiden Morsi yang berkhemah secara aman di kawasan yang terletak berhadapan Universiti Kaherah ini. 

Serangan berdarah dengan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan oleh pihak tentera dan polis menyaksikan beratus-ratus rakyat awam yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam.

Khemah-khemah sementara telah dirobohkan oleh pasukan polis. Hospital bergerak yang terletak dalam kawasan Nahdhah yang berterusan menerima mangsa yang terkorban dan ratusan yang cedera juga telah dirobohkan. 

Jumlah kematian di Dataran Nahdhah ini dianggarkan melebihi 300 orang dan beratus-ratus lagi rakyat awam yang cedera parah akibat tembakan dan gas pemedih mata.

Menurut saksi-saksi kejadian, Dataran Nahdhah ini kebanyakannya menghimpunkan anak-anak muda mahasiswa dari pelbagai universiti di seluruh Mesir. Dataran ini juga merupakan tempat perhimpunan kedua terbesar penyokong presiden Morsi selepas Dataran Rabaa. Ia mula di serang sebaik sahaja selepas solat Fajr di mana pihak polis dan tentera mengambil kesempatan kerana jumlah penyokong presiden Morsi di dataran ini berkurangan selepas solat Subuh.

Kawasan persekitaran Dataran Nahdhah kini dikawal ketat oleh polis dan tentera. Tiada lagi kesibukan kenderaan yang lalu-lalang di kawasan ini. Pintu-pintu pagar Universiti Kaherah juga berkunci rapat. Kereta-kereta kebal dan truk-truk polis dilihat berbaris di sepanjang dataran ini. Orang awam pula tidak dibanarkan mendekati kawasan berdarah ini.

Namun Dataran Nahdhan ini akan tetap mencatatkan satu lagi sejarah kekejaman junta tentera Mesir yang bukan sahaja merampas kuasa segcara rakus, tetapi juga telah melakukan penyembelihan beramai-ramai terhada rakyatnya sendiri termasuk ibu-ibu dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Rabu, 21 Agustus 2013

Cara ringkas untuk solat jenazah


Cara ringkas untuk solat jenazah. Belajar lah wahai lelaki! Apakah engkau tidak malu bila tak pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah kita yang meninggal. Itu sahaja lah salah satu penghormatan yang terakhir buat insan yang membesarkan dan menjaga kita...

Cara Ringkas Solat atau Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati 
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. Untuk janazah kanak-kanak sila baca doa di sini.

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
"Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri, Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah.

Selasa, 20 Agustus 2013

Didik rakyat bahaya Syiah


Bagi mengekang penyebaran ajaran Syiah, rakyat di negara ini perlu diberikan didikan dan fahaman mengenai bahayanya, kata Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Katanya, rakyat perlukan ruang pemahaman dan penjelasan lebih lanjut oleh mereka yang arif supaya lebih jelas akan Syiah, yang boleh memudaratkan umat Islam sekiranya gagal dikawal penularannya.

“Isu Syiah ini perlu perbincangan. Dalam negara yang mengamalkan al Sunnah Wal Jamaah, ada baik dan tidak baik. Syiah dilihat sudut yang tidak baik di Malaysia.

“Oleh itu, media di negara ini wajar memainkan peranan. Adakan  program yang mendidik seperti rancangan televisyen dan siaran radio membincangkan isu Syiah ini,” katanya.

Zaharuddin berkata, tindakan itu dilihat seiring dengan langkah kerajaan negeri Kedah untuk mewartakan fatwa anti-Syiah. “Saya bersetuju dan menyambut baik cadangan itu, malah negeri-negeri lain juga telah menguatkuasakannya,” katanya.

Beliau juga melihat kewajaran bagi kerajaan mengawal bahan bacaan berunsur Syiah serta peranan masyarakat untuk melaporkan penyebaran Syiah di kawasan mereka. “Tindakan melaporkan itu juga membantu agensi penguatkuasaan menjalankan peranan mereka,” katanya.

Media melaporkan kerajaan Kedah akan menggazet fatwa anti Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular dalam kalangan masyarakat....

- Sinar Harian (21 Julai 2013)

Tips Untuk Lelaki Yang Bakal Menjadi Bapa


  1. Biasakan berjaga malam.
    Tiada alasan untuk tidur nenyak dan berdengkur sepanjang malam. Jangan mengharapkan isteri anda sahaja untuk berjaga. Sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda untuk bangun bersama dan beri perhatian kepada anak anda yang baharu lahir.

  2. Kejutan kasih sayang.
    Inilah detik terbaik untuk melakukan kejutan terbesar buat isteri yang telah berkorban bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda. Apa kata anda pula yang mengambil peranannya ketika isteri dalam pantang. Mungkin anda boleh mulakan dengan menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan si bayi dan sesekali hadiahkan bunga tanda kasih sayang.

  3. Ringan tulang.
    Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. Kali ini, anda harus beralah dan mengambil alih peranan menjaga isteri dan anak. Memadailah dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau mengasuh si kecil.

  4. Sedia untuk kotorkan diri.
    Terimalah hakikat bahawa anda harus membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan lampinnya. Fikirkan bapa anda juga dahulu pernah melakukan perkara yang sama ketika anda masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa.

  5. Dapatkan petua orang tua.
    Ketepikan ego serta sikap tahu seba-serbi. Sebagai bapa yang masih muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan petua daripada orang yang lebih berpengalaman. Guru terbaik untuk mendapatkan maklumat ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu malu kerana maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil.

  6. Sediakan pengasuh.
    Jika mampu, dapatkan pengasuh untuk meringankan tugas anda dan isteri di rumah. Pengasuh bukan sahaja boleh menguruskan isteri yang sedang berpantang, malah pada masa yang sama boleh menjaga si bayi yang memerlukan perhatian hampir 24 jam sehari.

  7. Belajar berhadapan dengan tekanan.
    Bohonglah jika anda tidak tertekan terutamanya apabila tiba saat si comel 'mengamuk' atau menangis tanpa henti. Jika waktu siang, mungkin anda tidak terasa, tetapi di kala tengah malam, tentu haru biru anda dibuatnya. Usah panik, uruskan saat itu dengan tenang dan penuh motivasi. Selidik punca bayi menangis, mungkin kerana kembung perut atau berasa panas atau mungkin juga kesejukan. Belajarlah bersabar!

  8. Kawal nafsu.
    Sudah namanya lelaki, tidak dapat tidak, nafsu selalu bsergelora. Jangan gelojoh dan akurlah pada detik yang sesuai untuk bersama isteri dalam hubungan intimasi. Fikirkanlah yang isteri anda sudah bersusah-payah menggendong si kecil ke sana ke sini selama 9 bulan 10 hari tanpa keluh kesah dan kini dalam pantang pula. Tentulah mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Fikirkan juga yang kini ada orang ketiga yang harus diutamakan.

  9. Pastikan tabungan mencukupi.
    Ayah muda perlu memastikan tabungan sentiasa mencukupi bagi menghadapi saat-saat kecemasan terutamanya bila membabitkan si kecil yang mungkin diserang demam serta perlu mendapatkan rawatan segera di hospital. Peruntukan sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk memenuhi keperluan kecemasan si kecil dan isteri sepanjang bergelar ayah. Apabila anak-anak anda sudah semakin membesar, peranan seorang ayah semakin bertambah
 
Template designed by Dede Fahadi AND Powered By: Suksesku.com